Saturday, March 31, 2012

NAK NIKAH GANTUNG !!!!!!!!!!

Perkongsian Bersama...=)

NIKAH GANTUNG (atau dalam Bahasa Arab disebut NIKAH KHITBAH) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terleb...ih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.


Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

- Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
- Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
- Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.



Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, March 30, 2012

Hari Ni Cukup Sebulan !!!

Ape yg cukup sebulan???


Cukup sebulan saya tak jumpa hero saya ni... sekarang dah tak boleh jupa selalu.. Abah NON & Mak TIMAH dah bagi warning..hehehe...

Ok la.. saya pon takde masalah.. nak kata rindu tu mmg la.. tapi dah biasa...

Lagipon saya ni ade sejenis penyakit... ish..bukan penyakit.. like camni.. kalau kenal lama2 sangat camnila jadinya... nak kata boring.. tak jugak.. nak kata camna erk.. lebih kurang cam tak kisahlah... janji ko jangan cari yang lain sudah...


Tapi, kadang2 bila mai rindu tu.. pada gak oooo... hahahaha....

Ok, esok myb jumpa..sebab nak gi kenduri sekali... hehehe.. pastu ahad pon mayb jumpa lagi.. sebab nak gi Sungai Petani.. nak gi umah kak Ina Khairina..=) hahahaha....



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, March 28, 2012

Sapa Pandai Tolong Terjemahkan !!!!

كسول = _______________


جائع = _______________


بالملل = _______________


Itulah yang saya rasa sekarang..... huwaaaaaaaaaaaaaaa.....



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Tuesday, March 27, 2012

Mari Berwangi-wangian bersama Aigner Body Lotion !!!

Ingat tak aritu saya ade join Giveaway Kak Neenaanuar .... saya adalah pemenang di tempat yang ke-3.. so, saya dapat la hadiah nie.....

Aigner Body Lotion!!


TQ kak neena... shu suka sekali hadiah tu... wangi jer dari pagi tadi ni ha...hahaha...

Sayang kak Neena ketat-ketat tau.....



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

DAPUR SHU SHINJU ~ Chocolate Angel Food Cake

Sebelum apa2..korang jangan tanya saya nape nama kek ni nama dia Chocolate Angel Food... tanya Stephanie Jaworski.

1st time baking ikot resepi omputih @ Joy Of Baking Dot Com... sangat senang nak buat ok... tak caye jom cikidaut !!!!

Bahan A :


100 grm Tepung naik sendiri
100 grm Gula Icing
25grm Cocoa Powder
1/4 sudu garam


Bahan B :


12 biji Putih Telur bersamaan 360ml
1 sudu teh Cream of Tartar
100 grm Gula Icing


Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C.
2. Satukan kesemua bahan A, gaul rata & ketepikan dahulu. (cocoa powder tu korang tapiskan sebab dia suka berketol.. sama jugak ngan tepung).
3. Pukul putih telor sampai berbuih, kemudian masukkan cream of tartar.. pukul lagi sampai adunan jadi kental.. sambil2 tu masukkan sedikit demi sedikit gula icing sampai habis.
4. Nak tau adunan kental ke tak terbalikkan adunan.. kalau x jatuh maknanya dah kental la tu...anggaran pukul dalam 5-6minit.
5. Masukkan bahan A ke bahan B sedikit demi sedikit & kacau sampai sebati. Jangan pakai mixer yer.. kacau guna spatula jer.
6. Bakar adunan selama 45mint @ sehingga masak.
7. Siap !!


Senang kan nak buat kek ni... tak perlu butter, tak perlu kuning telur..guna putih telur jer.. Kek ni tekstur dia macam roti gardenia.. lembut jer..& sedap dimakan...

Selamat Mencuba !!!! =)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, March 23, 2012

Hacummmmm !!!!!!!!!! Alhamdulillah.....=)


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!"

Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah. Dan ia merupakan kewajipan bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap,maka ia berasal dari syaitan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk menahannya semampu mungkin dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu syaitan mentertawakannya”
~Hadith Riwayat Bukhari~


Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
~Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi~

Adab Ketika Bersin.

Bersin merupakan sesuatu yang disukai kerana bersin boleh membuatkan tubuh menjadi sihat, rajin beribadah dan menghilangkan keinginan untuk makan berlebihan.

Ketika Bersin.
Merendahkan suara.
Menutup mulut & wajah.
Tidak memalingkan kepala.
Mengucap Alhamdullilah walaupun ketika solat.

Adab Ketika Menguap.

Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah kerana menguap merupakan aktiviti yang mendorong untuk makan berlebihan dan membawa kemalasan untuk beribadah apalagi menguap ketika solat.

Ketika menguap.
Menutup mulut dengan tangan kiri.
Menahannya semampu mungkin untuk tidak menguap.
Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Selamat Beramal.. =)


p/s : saya sehari kalau tak bersin mmg tak sah !!! sebab saya adalah seorang pengidap sinus @ resdung yang tegar !!!! hihihi...:p




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Jawapan Jom Main Teka-teka !!!!!!

HAHAHAHAHAHAHAHA...(amboi..masuk2 terus gelak besar ni..)

Mau tak gelak besar... jawapan korang kat Jom Main Teka-Teka ni buat saya gelak besau...
Nak tau ape jawapan Jom Teka-teka semalam....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA......

Bawang da.... hihihihi...


Best la plak main teka-teka ni erk... nanti saya nak korang main teka2 lagi k...




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Thursday, March 22, 2012

Jom Main Teka-Teka...


Cer Teka ape benda ni... kejap lagi saya kasi jawapan....=)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Bonda PepeL AMani & Aisyah Datang Rumah !!!

Salam...

Last week, bonda, Amani, en.dedi & Aisyah datang umah acu... tujuan asal nak anto buai & nak ambik kek yang dah diorder... :)


Walaupon acu x dpt pegi majlis berendoi Aisyah.. tapi acu dapat gak jumpa Aisyah & Amani comel ni....
:)

Amani mengejutkan semua orang.. dia gigit gelas acu sampai pecah...tapi, mulut di sikit pon tak tercedera... waa.. so unbelievable... Iron Gurl ni... leh masuk World Book Of Record...hihihihi...

sekali ngan bonda kena pose senget kepala..aisyah bo layan....haha..:p


TQ Bonda...sebab sudi dtg umah acu & sudi order karamel kek acu.... dtg lagi yer nanti..=)




p/s : TQ to bitt jugak sebab sudi order karamel kek acu.. jauh kek tu jalan..;)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Tuesday, March 20, 2012

Mengetam 3 Beranak !!!!!

Fuhhh...memang puas ati la... dapat makan ketam sampai tercedera jari...huhuhu...

Kemarin, abah NON & Mak TIMAH hantar & ambik saya kat opis... so, masa balik keje we olllss rasa cam nak round2 island...pusing punya pusing xtau nak kemana.. nak cari durian..durian pon xde.. musim dah abis ke? at last kami terjah Warong Paksu kat Juru.

Saya ngan abah makan Nasi Ketam & Mak makan Mee Udang...

Dah bersedia belom nak kecoq ayar lioq hampa ni???

Tada....




3 orang makan = RM70.00, rasa2 korang berbaloi tak? ke mahal???

Balik umah masing2 masuk tidur seawal jam 10mlm.... ahahahaha...





En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, March 19, 2012

Happy Monday !!!!!

Assalamualaikum...& Selamat Pagi U olllssssss....

senyum selalu walau dalam hati tgh gundah gulana...=)




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Saturday, March 17, 2012

Bawaku Pergi

Cam best jer lagu ni....tapi, lirik dia cam nak ajak lari dari rumah jer...@ erti kata lain..nak ajak kawin kat siam...hahaha..:)


Zizan Ft. Kaka


Layan Jer !!!



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, March 16, 2012

RENUNGAN ~ Rahsia Surah Al-Kauthsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Selamat Beramal !!!!



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

DAPUR SHU SHINJU ~ Roti Goreng Sambal Bersama Ikan Bilis

Salam...

Haaaa..ini menu untuk makan petang lepak2 dekat laman sambil gosip2...hehehee....

Actually, resepi ni dari my BFF, dulu masa sekolah menengah dia selalu bawak dtg kelas.. 1st time tgk tak lalu..bila dah rasa..oo.. mak aiii..memang menepati citarasa....sedap !!!

Meh saya nak share ngan korang cara2 nak buat Roti Goreng Sambal Bersama Ikan Bilis..:)

Bahan-Bahan :-

Ikan Bilis
3 ulas Bawang Merah (Dihiris Halus)
3 sudu Cili Boh
Sebuku Roti Gardenia (Dipotong Dadu..saya tak pakai semua..setengah jer)
2 Biji Telur
Garam & Gula.

Cara-Cara :

1. 1st of all, goreng ikan bilis dulu & ketepikan.
2. Tumis bawang merah sampai layu.
3. Masukkan cili boh.(kalau suka pedas, boleh lebihkan)
4. Kemudian masukkan garam & gula.
5. Goreng sekejap cili boh tu sampai dia agak masak..kang sakit perot makan cili x masak.
6. Masukkan telur & kemudian masukkan roti.
7. Last, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.
8. Kacau sebati & Siap.

Tips : Masa nak masuk roti JANGAN tunggu sampai telur tu kering,biar dia basah-basah sikit.. kalau tak telur tu tak melekat kat roti..ingat tu...

Nindia...Roti Goreng Sambal Bersama Ikan Bilis versi Shu Shinju...candy bunga tu saja wat hiasan..:)

budak ni dipaksa teman acu dia masak kat dapur... xde sape kat umah..kami ber2 jer..maktok & tokayah keluar..rasuah dia main game kat handset acu...acu ni kan kurang berani skit..hehehe...

Dia pon sebok nak pose !!! comel dia..:)


Selamat mencuba Yer Kawan-Kawan !!!!! =)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Thursday, March 15, 2012

Nak Camni Gak!!!! Tapi.....................

Tapi... kompom en.tunang xnak... sebab dia mmg alah ngan camera... takat nak ambik gambaq tak bergerak tu kira boleh gi.. kalau yang macam kat bawah ni... sah..ari pre-wedd tu dia tinggai saya sensorang... kau shoot la pre-wedd ni sorang2 !! ...hahahaha....

sweet kan... part atas buai.. part sentuh2 cermin tu...auwwww.... I Loikeee!!!!!


rela dalam paksa...dalam hati..malu sangat2....


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, March 14, 2012

I'm So Excited !!!!!

Assalamualaikum....

Hari ni terima 1 parcel dari Mummy Iris... sangat berdebar2 nak bukak...bila da bukak...Oh My Gucci !!! I'm so LOVE LIKE very much!!!! sangat menepati citarasaku....

Oh Mummy Iris !!! Acu Love U very-very MUCH !!!!

Tak sabar nak _____________ !!!! (sila isi tempat kosong dengan ayat yang indah-indah belaka)...=)


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Tuesday, March 13, 2012

DAPUR SHU SHINJU ~ Kek Batik Biskut Marie

Assalamualaikum...

Kelmarin, tengah dok wat keja, tiba-tiba teringat kek batik ni.. rasa teringin gila kalah mummy petnen...hehehe...

So, balik terus buat.. senang jer... dulu masa time sekolah kalau time majlis Perpisahan, Jamuan makan & apa2 majlis melibatkan makan, ni la menu saya akan bawak pi..kikikiki... dah lama x buat.. semalam baru buat balik...

Jom tengok resepi.. sukatan saya main campak2 jer..

1 Bungkus Biskut Marie 300grm punya..
1 buku Butter
1 buku Coklat Masakan
Telur 3 biji
Serbuk Milo dalam 12 sudu besar
Serbuk Nescafe dalam 1 sudu besar
Susu pekat dalam setengah cawan
Kacang tanah yang telah dikisar

Cara-cara :

Masukkan semua bahan kecuali biskut marie kedalam kuali... (kuali besar lagi bagus, senang nak mengacau), bukak api perlahan.. kacau semua bahan tanpa henti.. kalau berhenti nanti dia berketol2.. bila dah mendidih tutup api & masukkan kacang yang dikisar & biskut marie. Kacau sebati then masuk kedalam bekas. Tekan adunan sampai mampat & masukkan kedalam freezer. Makan time sejuk2 sangat lah BEST !!!

p/s : kalau korang x suka letak kacang..xpe..xyah letak...pon sedap juga...=)






SELAMAT MENCUBA..=)




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, March 12, 2012

Selamat Bertunang Sumayyah & Muaz

Actually, saya jarang sangat gi majlis kenduri kendara dalam kampung..sebab saya tak biasa ngan org2 kampung... al-maklomla...dulu kecik-kecik mak abah hantar dok asrama..sampai la form 5..tu yang tak biasa ngan org kampung..malu2 gitu..

Ni pon tahan tahap kemaluan..ahahaa.. sebab jiran sebelah umah.. kalau x pegi memang tak patut kan...

Sumayyah...=)

Lawakan dia..Anak Mami nih...=)

Semoga korang cepat2 naik pelamin....Pasangan yang kecik molek jer diorang ni.... hihihi...


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, March 9, 2012

KASIHLAH IBU KITA !!!!!!

Korang !! tgk video ni... sedih aku tgk... sanggup sorang anak wat kat mak dia camtu... mmg x selamat dunia akhirat....:(

sedih!!!!!!



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Restoran Cili Api, Indera Mahkota 16, Kuantan

Salam...

Hari ni saya nak promote Restoran Cili Api...Abang saya yang no.2 tu dah pindah ke Kuantan & buka restoran ngan wife dia... aritu saya dah pegi.. & dah rasa masakan diorang... memang tak dinafikan sedap... sebab kakak ipar saya dulu dia keje Chef Asst. kat Sunway Hotel....

Orang2 kuantan silalah singgah restoran abang saya yer... @ kot2 ada yang ke kuantan nak bercuti ke... singgah la jugak yer..mention jer nama saya Shuhadah.. confirm dapat diskaun..=)

Restoran dibuka dari jam 8.00pagi - 12.00 tgh malam... siang masakan lauk pauk.. malam ade goreng2..=)

masa ni signboard x naik lagi..tu nama restoran lama... restoran ni senang nak cari.. ikot jalan nak ke Lebuhraya Pantai Timur..bersebelahan dengan Shell Petrol Station..

hari pertama sampai... along rela dalam paksa..hehe..=D

tgh BZ layan customer...

lauk feberet saya kalau kakak ipar masak... Ikan Patin Masak Gulai Lemak Tempoyak... sedap sgt....

Ulam-ulaman pon ade...

cuci mulut dengan Bubur Kacang Hijau...=)

nindia tukang masak kite...sorang2 dia masak berbelas2 jenis lauk... kalau saya...pengsannnnnn !!!

Along !! kita dapat makan FREE kan..hehehehe...


Korang !!! sudi2 lah singgah Restoran Cili Api yer... :D


Bye !!!


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers