Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Hacummmmm !!!!!!!!!! Alhamdulillah.....=)


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!"

Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah. Dan ia merupakan kewajipan bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap,maka ia berasal dari syaitan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk menahannya semampu mungkin dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu syaitan mentertawakannya”
~Hadith Riwayat Bukhari~


Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
~Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi~

Adab Ketika Bersin.

Bersin merupakan sesuatu yang disukai kerana bersin boleh membuatkan tubuh menjadi sihat, rajin beribadah dan menghilangkan keinginan untuk makan berlebihan.

Ketika Bersin.
Merendahkan suara.
Menutup mulut & wajah.
Tidak memalingkan kepala.
Mengucap Alhamdullilah walaupun ketika solat.

Adab Ketika Menguap.

Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah kerana menguap merupakan aktiviti yang mendorong untuk makan berlebihan dan membawa kemalasan untuk beribadah apalagi menguap ketika solat.

Ketika menguap.
Menutup mulut dengan tangan kiri.
Menahannya semampu mungkin untuk tidak menguap.
Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Selamat Beramal.. =)


p/s : saya sehari kalau tak bersin mmg tak sah !!! sebab saya adalah seorang pengidap sinus @ resdung yang tegar !!!! hihihi...:p




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, January 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY ~ Jodoh



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Tuesday, October 18, 2011

Jom Tengok 30 MINIT USTAZ DON @ TV ALHIJRAH

Salam...

Semalam sambil makan koew teow goreng dengan MakAbah tengok rancangan 30Minit Ustaz Don bercerita tentang Mandi Wajib...

Pestime ikot episode ni memang best.. penceritaan ustaz Don tentang Mandi wajib sangat detail & senang paham.. ade selingan lawak jenaka...best sgt.. tak boring...dengan loghat utaranya...best !!! next week nak ikot lagi...:)

Korang yang free2 tu..jom bukak channel TV AlHijrah.. memang tak rugi tengok rancangan Ilmiah ni.. 30 Minit Ustaz Don..nama penuh dia.. Don Daniyal Don Biyajid...(sedap nama tu)& hensem gak ustaz Don ni..tapi dah bertunang hokey.....hihihi....:)








En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, March 2, 2011

Bahasa Terindah ~ Baca & lihat video ini ~ Seorang Anak Kecil Pun Mengerti Keperitan Orang Lain...:((

Korang boleh PAUSE music kat sidebar kiri tu...untuk menghayati video dibawah ni....



Salam sejahtera wahai para sahabat sekalian....

(Terbaca kembali apa yang pernah aku tulis di bawah ini, gelora rasa di hati ku tiba tiba berbuak buak di gembur kerinduan terhadap Aminah dengan teramat sangat)

Sahabat...

"Sebentar tadi kala Jam di germany menunjukan tepat pukul 11:56 malam, Aku yang tengah melayani klip Youtube dari Ramli sarip yang bertajuk BAHASA TERINDAH.

Tiba tiba tersentak, apabila ku terdengar...... esak tangis yang amat lembut lagi pelahan..

Aku menoleh belakang, di dalam kesamaran terlihat Aminah berdiri di depan muka pintu biliknya..
seperti biasanya pabila semuanya telah tidur aku akan berada di depan Computer..
Untuk melayan cerita dan membalas berita..

Dan agak selalu jugak Aminah datang untuk kembali lena di atas reba ku, tetapi selalunya Dia datang dengan perlahan kerana takut Ibunya terjaga.. Namun kali ini agak berlainan dari yang selalunya...

Dia berdiri dia di muka Pintu bilik..Kaku dan menangis..
Aku gamit, dia datang..perlahan aku bertanya,

"Kenapa nangis Aminah?. Dia jawab, "Papa, Aminah tak boleh tidoq"

Itu papa tau..Aminah takleh tidur, tapi kenapa Aminah nangis? Aminah mimpi tak elok ka?..

Dia jawab- "Dak, Aminah tak mimpi,Tapi Aminah kesian tengok nie.",jarinya menuding ke arah screen computer....

"Pasai apa dengan depa nie, berdarah, sapa buat depa Papa?",
"Setan ka buat depa Papa, Pasai pa Allah tak tolong depa?"

Aminah menangis dengan lebih menyebakkan apabila melihat aku yang mana nya agak sugul dan hanya mencuba untuk terus diam..

Kemudian ku bisik kepada nya.."Takpa laa Sayang, besok Papa cerita ya..Dah lewat ni, besok Aminah nak ke Tadika pulak, jom tidoq yaa".

Aku bawak dia masuk bilik.. Dapat ku lihat degup dari dalam dadanya bedegup dengan agak kuat...
Ternyata dia gementer dengan apa yang di lihatnya....

Kemudian aku berkata .. "Aminah baca la doa sebelum Tidoq"...

Selalunya Aminah akan membaca,
"Abismillah hirrohman nirrahim, Ya Allah jagalah Aminah"..

Tetapi kali ini di pejamkan matanya lalu..
"Ya Allah jagalah Depa, budak budak yang bedarah tuuu
Aminah kesian kat depaaaa, Tolong la depaaa ya Allah"...

aaah!..Pada saat itu juga Air mata aku jatuh! aku kalah dari untuk terus menahan, Rasa pilu menikam tepat ke kalbu!...

Aminah yang usia nya maseh terlalu hijau di tangkai waktu..Telah pun mampu menilai kaseh sayang ke atas sebuah kehidupan..sedangkan Dunia berperang di sebabkan insan manusia yang mananya telah teramat
cukup matang.. "Pelik tapi benar!"

"Ya Allah, Aku berterima kaseh dengan apa yg belaku sekejap tadi".
"Terima kaseh kerana meyentuh hatiku dengan pelajaran yang sekecil ini, sesunguhnya amat teramat besar bagi akal dan hati ku... Akan aku perlihara segala apa jua yang kau kurniakan ke lubuk Nurani ku..

"Terima kaseh Ya Alah.. terima kaseh kerana terus mencurahkan kaseh kepada aku yg senentiasa haus didalam lautan ilmu Mu". :-)


Petikan diambil dari FB abang LEPAT dengan keizinan darinya....Thanks abg Lepat !!!



Aminah !!!! kamu sungguh bijak....:) jadilah anak yang solehah kelak....  


Friday, February 18, 2011

Kisah Benar Yang Menginsafkan - Pasangan Bercouple DiBelit Ular Ketika Berzina...


KEPADA MEREKA YANG SUKA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN SAMBIL BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI TEMPAT2 YG
SUNYI...BERINGATLAH...!!!!!

Ambillah iktibar dari kisah benar ini...dipetik dari sebuah blog...


Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............



Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.



Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.



Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.



Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.



Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.



Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.



Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.



Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.



Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.



DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."



******************************************



PERINGATAN : Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers