Salam sejahtera wahai para sahabat sekalian....
(Terbaca kembali apa yang pernah aku tulis di bawah ini, gelora rasa di hati ku tiba tiba berbuak buak di gembur kerinduan terhadap Aminah dengan teramat sangat)
Sahabat...
"Sebentar tadi kala Jam di germany menunjukan tepat pukul 11:56 malam, Aku yang tengah melayani klip Youtube dari Ramli sarip yang bertajuk BAHASA TERINDAH.
Tiba tiba tersentak, apabila ku terdengar...... esak tangis yang amat lembut lagi pelahan..
Aku menoleh belakang, di dalam kesamaran terlihat Aminah berdiri di depan muka pintu biliknya..
seperti biasanya pabila semuanya telah tidur aku akan berada di depan Computer..
Untuk melayan cerita dan membalas berita..
Dan agak selalu jugak Aminah datang untuk kembali lena di atas reba ku, tetapi selalunya Dia datang dengan perlahan kerana takut Ibunya terjaga.. Namun kali ini agak berlainan dari yang selalunya...
Dia berdiri dia di muka Pintu bilik..Kaku dan menangis..
Aku gamit, dia datang..perlahan aku bertanya,
"Kenapa nangis Aminah?. Dia jawab, "Papa, Aminah tak boleh tidoq"
Itu papa tau..Aminah takleh tidur, tapi kenapa Aminah nangis? Aminah mimpi tak elok ka?..
Dia jawab- "Dak, Aminah tak mimpi,Tapi Aminah kesian tengok nie.",jarinya menuding ke arah screen computer....
"Pasai apa dengan depa nie, berdarah, sapa buat depa Papa?",
"Setan ka buat depa Papa, Pasai pa Allah tak tolong depa?"
Aminah menangis dengan lebih menyebakkan apabila melihat aku yang mana nya agak sugul dan hanya mencuba untuk terus diam..
Kemudian ku bisik kepada nya.."Takpa laa Sayang, besok Papa cerita ya..Dah lewat ni, besok Aminah nak ke Tadika pulak, jom tidoq yaa".
Aku bawak dia masuk bilik.. Dapat ku lihat degup dari dalam dadanya bedegup dengan agak kuat...
Ternyata dia gementer dengan apa yang di lihatnya....
Kemudian aku berkata .. "Aminah baca la doa sebelum Tidoq"...
Selalunya Aminah akan membaca,
"Abismillah hirrohman nirrahim, Ya Allah jagalah Aminah"..
Tetapi kali ini di pejamkan matanya lalu..
"Ya Allah jagalah Depa, budak budak yang bedarah tuuu
Aminah kesian kat depaaaa, Tolong la depaaa ya Allah"...
aaah!..Pada saat itu juga Air mata aku jatuh! aku kalah dari untuk terus menahan, Rasa pilu menikam tepat ke kalbu!...
Aminah yang usia nya maseh terlalu hijau di tangkai waktu..Telah pun mampu menilai kaseh sayang ke atas sebuah kehidupan..sedangkan Dunia berperang di sebabkan insan manusia yang mananya telah teramat
cukup matang.. "Pelik tapi benar!"
"Ya Allah, Aku berterima kaseh dengan apa yg belaku sekejap tadi".
"Terima kaseh kerana meyentuh hatiku dengan pelajaran yang sekecil ini, sesunguhnya amat teramat besar bagi akal dan hati ku... Akan aku perlihara segala apa jua yang kau kurniakan ke lubuk Nurani ku..
"Terima kaseh Ya Alah.. terima kaseh kerana terus mencurahkan kaseh kepada aku yg senentiasa haus didalam lautan ilmu Mu". :-)
Petikan diambil dari FB abang LEPAT dengan keizinan darinya....Thanks abg Lepat !!!
Aminah !!!! kamu sungguh bijak....:) jadilah anak yang solehah kelak....
ya ALLAH...........comelnyaa
ReplyDeletesob..sob......
owH SAUDARa LEPAT..yg dulu besa pames tuh kan...=)
sedih kan kak...shu baca sampai x perasan airmata menitis... huhu...
ReplyDeleteya..abg lepat tu.. seorang pelukis yg sgt saya kagum...satu ketika dulu femes pasal kes anak dia.. sian dia..kes dia sampai sekarang x settle lagi..anak dah 14tahun dah skrg...
sedihnya..akak pun meleleh air mata tengok..moga Allah SWT sentiasa melindungi mereka..amin..
ReplyDeleteDee ~ insyaAllah kak... sama2 kita berdoa...:)
ReplyDeleteYA ALLAH BUDAK YANG KECIT NONET PUN BERFIKIRAN CAMTU KAN...COMEY LA DAK TU..CANTIK MATA DIA
ReplyDelete