Monday, April 16, 2018

Renjana


yang ku jaga hanyalah semua rasa cinta yang kau semat dalam dada
yang ku pinta hanyalah semua senyuman mu membawaku dalam surga
romansa cahaya dimata yang mencinta
oh renjana bergelora menyeduh hangatnya jiwa sepi air mata
tertukar bahagia dalam sengat kerinduan kau bawa aku kesana

romansa yang fana dimata yang alpa
oh renjana bergelora menyeduh hangatnya jiwa sepi air mata
tertukar bahagia dalam sengat kerinduan kau bawa aku kesana
oh oh renjana oh woo woo woo...





Rindu arwah Mak...😭

Friday, April 6, 2018

Honeymoon Trip Pangkor Island 2018

Assalamualaikum... hai.. Salam Jumaat semua...

Nak cerita tahun ni punya anniversary, kami ke Pulau Pangkor... lama sangat dah tak jejak pulau pangkor. Last ke Pangkor tahun 2006..fuhh lama dah tu... after 12 tahun kami kembali, tapi bagi suami ini kali pertama dia ke Pulau Pangkor. hihihi...

Ini last minit plan.. sebab plan asalnya kami nak ke Pulau Redang/Perhentian.. tapi dipospone ke hujung tahun ni inshaAllah..can't wait... sebenarnya kami dah 2 kali ke Pulau Perhentian. Perhentian ni macam ada satu angin yang menghembus-hembus untuk kami kesana lagi tahun ni...hahaha.... memang tak jemu weiii... nanti next entry aku cerita pasai Perhentian pulak ye...

Boleh dikatakan semua haneymoon kami ke Pulau & pantai... sebab weollss Beach Lover... hihihi...

Kami stay di Teluk Nipah. Situ memang best.. sebab pantai dia lawa & tempat tumpuan ramai...


sunset

kasi can kakak pose sikit..haha..


cantik kan view dari Teluk Nipah, pulau pangkor


Nah.. enjoy la video kami sepanjang di Pulau Pangkor ye...


Wednesday, April 4, 2018

Hai Assalamualaikum... It's been awhile... since 30/8/2016

Hai semua...

Setelah 2 tahun menyepi.. entah kenapa tiba-tiba hari ni rasa nak update blog.. sebenarnya takmau dah update blog sebab banyak sangat kenangan yang ada dalam blog ni... kenangan dengan arwah mak terutamanya... huhuhu... ni tengah taip pon rasa sebak.. entah kenapa taktau.. rasa macam terflashback balik segala-galanya...

Saya still mcm dulu.. takdak apa yang berubah... dah 3 tahun mak pergi tinggalkan aku.. usia perkahwinan aku pon dah masuk tahun ke-5.. tapi still berdua.. belum dikurniakan baby.. Allah nak kami honeymoon lagi..hehe..aku OK jaa...

Aku masih macam dulu.. takde apa yang berubah..cuma kehidupan aku berubah sejak mak pergi bertemu Illahi..

Taktau nak cerita apa untuk permulaan setalah 2 tahun menyepi...Jumpa lagi next entry..InshaAllah...

Aku yang terkini....hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers