Monday, August 22, 2011

Moreh Abah....Bihun Singapore...

Salam 22 Ramadhan...:)

Last week, turn Moreh abah kat masjid.. mula ingat nak buat nasi tomato.. mak cam tak larat ja..saya kalau nasi tomato..awal2 dah surrendered.. tak advance lg.. so, saya dengan volenteer nak masak..just Bihun singapore jer tuk 35 bungkus... 1st time ni nak masak banyak2 camtu.. selalu dok masak sebungkus bihun ja..kali ni 7 bungkus bihun.. kena masak 2 round...

Bahan2 semua dah disediakan....

P1010544

P1010542

Yang paling penting yang ni... kalau takde yang ni xde kick bihun singapore saya...

P1010543
CABAI JERUK...

Setelah berkungfu panda di dapor..maka siap sudah bihun singapore saya...

P1010546

Masa tuk membungkus plak...

P1010549
35 BUNGKUS +4 BUNGKUS EXTRA...

P1010552
SIAP TUK DIBAWA KE MASJID...

Alhamdulillah... :)
Moga rezeki kami diberkati ALLAH...amin...



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, August 19, 2011

1st Time Setelah 18 Hari Berpuasa....

Semalam.. 1st time berbuka puasa dengan abah setelah 18 hari berpuasa.. nape 1st time?? sebab sebelum ni abah berbuka di masjid.. abah kan dah jadi ORANG KUAT MASJID sekarang... so, nak berbuka puasa ngan abah sekarang ni adalah sgt terhad..nak kena wat apoinment dulu...hihihi..

So, semalam abah meng"offer"kan diri tuk berbuka sama2 kat luar.. we oll pilih Pen Mutiara Curry House kat Taman Selat..

Sampai awal.. dalam 6.30.. Pen Mutiara ni selalunya orang order ala carte.. like nasi putih, siakap 3 rasa..ikan bakar..kailan ikan masin.. kari kepala ikan.. tapi, aritu kami xnak makan camtu.. kami order.. Nasi Goreng Belacan tuk abah.. Nasi Goreng Paprik Campur tuk Mak & saya Nasi Goreng Sotong...

Yang menjadi dukacitanya...order sampai lambat.. orang dah nak abis berbuka.. kami baru dapat order.. dekat2 nak berbuka.. waiter mai gtau order kami sampai lambat.. kalau nak cepat order ala carte.. time tu aku dah nak melenting dah... kalau gtau awal2 tadi.. leh kami pi cari kedai len..tau la kami order tak jenuh...pastu bukan nak bagi kurma ke apa ke tuk alas waktu berbuka... nak kena pi mintak baru dapat... rasa cam nak boikot je Pen mutiara tu...

Sib baik makanan yang kami order quite sedap... portion dia sgt besar..makan pon jenuh nak abis... time tu dok berkira2 nak boikot ke tak Pen Mutiara tu... hihihi..:p

Nasihat saya tuk restoran tu... service kasi up skit k... kalau takmau pelanggan lari...

P1010480
Nasi Goreng Belacan abah punya...

P1010482
Nasi Goreng

P1010481
Paprik Campur... Mak punya...

P1010485
Nasi Goreng Sotong.. saya punya

P1010483
tambah Telur Dadar...

P1010487
Mak Sirap.. Saya Limau Asam Boi... Abah Teh Ais...


p/s - rindu WAWA...:((



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Thursday, August 18, 2011

WAWA saya dah takde.... sedeyyy !!!!!

Salam 18 Ramadhan..

Tanggal 17Aug bersamaan 17 Ramadhan, my little WAWA dah tinggalkan saya.. tinggalkan anak2nya yang kecik & comel.. pemergian WAWA tak disangka..

2 minggu lepas, WAWA dah nampak tak sihat... dia taknak jaga anak dia.. dia taknak makan.. badan WAWA makin kurus.. sampai anak2 WAWA asyik berbunyi tak henti.. terpaksa kami pegang & paksa WAWA tuk bagi anak2 dia menyusu..

Minggu lepas, WAWA nampak lemah sgt2...nafas WAWA naik turun naik turun.. kuat bunyi nafas dia.. at the end, abah bawa WAWA ke klinik.. doktor cakap WAWA penat.. Doktor bagi 2 suntikan kat WAWA & bagi ubat..

2 hari lepas tu, WAWA nampak aktif sikit.. 2 hari tu jugak WAWA spend masa menyusu dengan anak2 dia... anak2 dia pon 2 hari tu xde bunyi langsung sebab dapat menyusu.. petang semalam, WAWA lalu depan saya kat hall.. dia duduk depan saya... lepas pada tu dia keluar lompat2 pagar... saya fikir WAWA dah makin sihat ni...

Tak sampai setengah jam, abah panggil saya & cakap "WAWA dah mati"...

Saya cepat2 gi tengok dia.. cuba2 tengok mana tau dia cedera kat mana2.. mana tau dia gaduh ngan kucing lain.. tapi, takde.. badan WAWA elok jer.. cuma nampak air liur dia meleleh... terus saya nangis kat situ... :((

WAWA.. saya rindu kamu...:((

Petang tu jugak kami semadikan WAWA sebelah kakak dia KIKI.. :((

WAWA ni seekor kucing yang sgt baik.. selama dia dengan kami, WAWA tak pernah nak gigit @ cakar... dia baik sgt.. tiap kali saya nak gi kerja.. dia akan tunggu depan pintu..& setiap kali saya balik keja..dia akan berlari dtg kat saya sambil bunyi.. meow !! meow !! (tandanya soh bagi makan dia).. kalau kami keluar kemana2... bila balik dia dulu2 nak masuk umah.. berdiri depan pintu.. bila buka pintu.. dia yang pertama dulu masuk.. WAWA... rindunya kat kamu...:((

Semalam, anak WAWA seekor dah ikot jejak maknya... masa abah nak bagi susu kat anak2 WAWA.. tengok seekor nampak lemah.. abah bagi dia susu.. tapi, tak lama pastu..dia tak dapat diselamatkan lagi... malam tu jugak kami semadikan anak WAWA...

Sekarang tinggal 3 ekor anak WAWA.. harap diorang kuat...

P5240683

P5240692
WAWA yang manja...

P5240687

P1010494
WAWA masa ni dah takde... kurus sgt dia...

P1010495
RIP WAWA...

P1010499
anak WAWA yang tak dapat diselamatkan lagi... Abah suka anak WAWA yang ni...




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, August 17, 2011

SALAM NUZUL AL-QURAN 1432H

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) .”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk- Nya..

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

Wallahualam..........


SALAM NUZUL QURAN 2011......



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Tuesday, August 16, 2011

DOA PUTUS CINTA





En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

SAYA ADA GELANG BESAQ PUNYERRRR !!!!!!

P1010469
gelang pemberian dari MAK & cincin pemberian dari en.tunang...


Tapi, nak cerita pasal gelang... sampai hari ni dah taktau berapa orang tegor aku pasal gelang ni...

Situasi 1 : Ni kalau jual... mau ada 7-8 ribu ni... tak mau jual ka? leh wat belanja kawin nanti..

Situasi 2 : Tak takot ka pakai gelang besaq2 camni... sekali "dia" rentap..taktau la...

Aku paling takot adalah situasi 2. Lebih banyak yang tegor Situasi 2 instead of situasi 1.

Paling latest pagi tadi masa atas ferry nak mai keja. Ada pakcik tu tegor aku... "Nak, tak takot ka pakai gelang ni.. Nak dah la nak moto.. sekarang ni nak dekat raya plak.. bahaya ni..."

Aku cakap kat pakcik tu "Eh.. selalu saya tutup ngan sweater pakcik..ni sebab hangat..tu yang tarik skit lengan baju ni.."

Baik tol pakcik tu... siap bagi tazkirah skit kat aku sementara ferry nak sampai ke terminal...hihihi...

Sekarang, aku terpikir cam nak bukak jer gelang ni simpan dalam peti besi sat..sebab ramai yang tegor.. takot plak aku... huhuhu...



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, August 15, 2011

DAPUR SHU SHINJU ~ Nasi Goreng Bodo

Salam 15 Ramadhan...

Cam kesian kan nama nasi goreng tu... Meh tgk bahan2 & camner nak buatnya dulu.. senang jer..

(Hidangan untik 4 orang makan)

5 Senduk Nasi Putih
5 Ulas Bawang Merah (Dihiris)
10 tangkai Cili Kering (dipotong kecik2)
Sos Tiram
2 sudu kecil Lada hitam
5 tangkai Cili Padi
Ikan Bilis (Digoreng dahulu)
Kangkung @ carrot (Jika perlu)
Garam & Perasa

Cara2 nak buat :
Panaskan minyak & tumis bawang merah & Cili kering sampai agak layu. Masukkan Cili padi, sos tiram,lada hitam, garam & perasa . Kacau sebati & masukkan nasi. Kacau lagi. Masukkan kangkung @ carrot..kemudian, pecah telur & gaul. masukkan ikan bilis.Sedia untuk dihidang.

P1010444

ekceli, menu ni simple jer... xyah masuk binatang @ sayuran dalamnya.. tu yang panggil bodo..menu ni selalu saya buat kalau we olls wat BBQ ka.. picnic ka.. just simple...

Tuk kali ni.. saya letak macam2 dalam tu.. so kena tukar nama.. "Nasi Goreng Tak Berapa Nak Bodo"..hihihi..



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

RAYA CHECKLIST

Baju Raya Utk Diri Sendiri ~ DONE !! (sepasang jer)


Baju Raya Utk Mak+Abah ~ Mak DONE, abah PENDING !!


Kasut Raya ~ PENDING !!


Tudung Raya ~ DONE !!


Kuih Raya ~ PENDING !! (baru order 1 jenis)


Duit Raya Utk Budak2 ~ MOSTLY DONE!! (budjet RM200 jer tahun ni... boleh gitu??)


Apa lagi erk?? takpe..nanti updates lagi...:)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, August 12, 2011

MAHAL @ MURAH??? TENGOK BUDJET LA WEI !!!!!

Salam...

Just nak tanya pendapat korang...

Now, macam2 jenis tudung keluar..mcm2 design... aku nak tanya korang 1 jer...

Korang boleh ke beli sepasang tudung yang harga dia RM100++??... bagi aku.. aku tak mampu... mahal giler aku rasa.. aku taknak tagline "biar papa asal bergaya" tu ditujukan tuk aku... sebab aku rasa tak berbaloi langsung.. memang la diorang kata "mahal tp brkualiti".. tapi, kalau dah tak mampu..tak payah berangan la cik Siti Shuhadah...

Aku pakai shawl or tudung RM10 pon aku dah rasa gorjes... paling mahal tudung aku beli pon dalam RM40++...

attachments_2011_02_16-1
aik...apsal gambar en.tunang terselit kat situ??? hihihihi...

Tapi, kalau dah duit berkepok2..taktau nak wat gapo... yang tu xleh nak kata pa la yer...:)

Sekian...


p/s - pepatah melayu..ukur baju dibadan sendiri..bukan badan org lain..ehehe..:p





En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

ENTRY NI KHAS UNTUK FAIZ FARISH

Bercucuran air mata tengok last part video ni kat entry kamu... kamu dah buat saya menangis...huhu..


So touching ok... 6 orang anak yang sanggup cari daging tuk mak dia...akhirnya.. lepas merata2 cari tak dapat..dibawak balik sekor lembu...punya takmau bagi mak depa kecik ati.... tapi, mmg betol pon..bila time petang raya... jgn cari pasal nak cari daging kat pasar..semua dah SOLD OUT... kalau nak kena order 1 hari awal... (aku bercakap dari pengalaman aku last year punya raya..)

Video tu arwah yasmin ahmad yang punya idea kan !!! briliant sungguh idea dia kan... al-fatihah tuk arwah...

So, en.faiz farish... sila dtg umah saya collect duit raya nanti...:D


p/s ~ kelakar gila budak kecik yang kena tinggal ngan abang2 dia tu...hihihi..


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

JOM MAIN CONTENG-CONTENG !!!!!

Semalam, sebelom tido rasa cam nak asah bakat makeupkan diri sendiri...sebab 2-3 ari ni asyik dok menelaah makeup tutorial kat youtube..

Mula ingat nak belajaq 1 tutorial ala2 dramatik arabian... at last tak dramatik langsung...

berkecah atas katil ngan barang2 makeup....

P1010391

P1010377

dan hasilnya....

P1010394

cam biasa2 jer dok makeup selalu.... ermmm.... takpe... try lagi...:)




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Thursday, August 11, 2011

Menu Berbuka 10 Ramadhan

Salam 11 Ramadhan...

Finally, ade jugak menu berbuka kan..selama ni asyik menu bersahur jer..hihihi...

Semalam, balik keje rasa rajin plak nak masak apa2 tuk berbuka... pagi2 dah pesan kat abah soh pi cari kerang..sebab cik shinju nak buat Koew Teow Kerang... :)

Pastu tengok plak Buah Melaka kat entry kak neena..rasa teringin nak buat... sebab itu kuih favorite MAK kite...

Makan terhasillah....

P1010347-1
KOEW TEOW KERANG

&

P1010339
BUAH MELAKA

Percubaan pertama buah melaka adalah terbaik...lembut, gebu, liat elok dah...tapiiiiii....... ni yg tak syok nak gtau ni...hihihihi...nyiok dia masin skit...hihihi...garam terlebih kot... but, dimaafkan sebab puasa kan... camner nak rasa...:p
yang lain terbaik...yang penting MAK kite sukaaa....:)
(nyiok dia tak berapa cantik kan...nampak hitam2 skit...)


Amacam???? terliur tak??? hihihi...tak kot kan..:)




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers