Friday, July 30, 2010

Contest By Miszlullaby

Express ENTRY nih....

Actually Ai agak BZ today.. so untuk tidak mengecewakan
MISS WINA XOXO , Ai luangkan masa tuk settlekan TAG ni...hehehe... Thanks yer Dik Wina...;) (actually tgk latest entry kak neena..baru teringat ade hutang TAG wina x bayar.. hehehe..)

This contest dianjurkan oleh..
Miss Miszlullaby yang jauh nun di Moscow...;)

Syarat syarat penyertaan leh refer di
SINI

Tarikh tutup penyertaan 30 July 2010 = Hari ni..hehe...

Orang yg kene TAG = MR. TAPAK KAKI (kalau awak menang..awak kasi la hadiah tu kat shu yer !!! hehehe...)

Gambar yg dipertaruhkan.........................


v

v

v

v

_DSC8248

Kenapa erk aku suka gambar ni... ntah.. aku pon xtau... yg pasti aku suka sgt gambar ni... nampak sopan santun jer aku kan!!!! setuju x kawan2...hehehehe...





Thursday, July 29, 2010

Protection Entry

Kepada my beloved friend yg telah memberi feedback pada entry aku yg lepas NIE Thanks U so much... tapi, aku x publish komen korang... aku simpan elok2 dalam peti besi... hehehe... aku x delete tau komen korang !!!!

Pada kawan2 yg lain yg nak tau ape yg tersembunyi disebalik "BENGANG TAHAP MAX"
tu...tinggalkan email korang yer... nanti aku reply kasi passwordnye k...

Atas "KeTAKECAREan" korang terhadap aku...Nah...aku bagi BCC kat korang... ambik la yer sorang sikit yer...hehehe..;)

IMGP0236-1


P/S : Rasa cam nak wat lagi protection entry tu.... rasa lega sgt dapat luahkan semua yg terbuku dihati...huhuhuhu....




Bengang Tahap MAX...

Wednesday, July 28, 2010

2nd Time Bridesmaid...

Aku tau... kalau jadi pengapit ni Jodoh musti lambat skit kan... but, ade jugak yg cakap.. jadi pengapit ni.. cepat dapat jodoh.. aku xtau yg mana betul....tp, mostly aku dengar banyak yg cakap lambat dari cepat..... korang tolong investigate on behalf aku sat !!!... Tapi, bagi aku.. ko jadi pengapit ke x... Jodoh tu di tangan Allah k... x paham aku... kalau jadi pengapit jer.. mesti lambat jodoh..Why ???? Why ????

Intro cam marah kan!!!! tp, sebenarnya tak... COOL !!!! :)

Minggu ni minggu flashback & minggu cite kawen2 k... jangan muak k... kalau muak jugak... paham2 la yer... tunggu lagi?????

2nd time aku jadi bridesmaid adalah dihari pernikahan & persandingan BFF aku, Noraini...
Kawan aku ni dapat MAT TEQAP k... sape yg x tau.. MAT TEQAP tu adalah nama lain bagi TENTERA DARAT.... korang penah dengar??? hehehe.....


Copy of P1240214

Aini & Ezat..

1_599352564l
Time ni aku sikit pon xde rasa cuak/malu/segan or whatsoever..... agak pro la katakan... hahaha....

1_810113516l
pro x pro..sampai lupa nak kasi hand bouquet kat pengantin..hahaha....

1_992398019l
Muka aku yg agak "Keterujaan".. seyes wei... time ni kan aku rasa meremang... nape erk?? hehehe..

Adakah episode ke-3 aku jadi bridesmaid menyusul???? hehehe..ke korang dah muak ngan entry tawen2 aku ni??? hahahaha...

P/S : Memang betol kot aku lambat jodoh sebab selalu jadi bridesmaid !!! Yeke?? Kalau yer pon... ade ku kesah???? ingat satu jer... JODOH AJAL & MAUT DI TANGAN ALLAH...

then... enough !!!!




Tuesday, July 27, 2010

Semua Dah Selamat.... Aku???????

Hari ni x lunch... Sebab Bfast da lambat... so, xde wat pape tadi... buka balik My Picture Folder... Rindu kat kawan2 lama... bila lah agaknye boleh berjumpa ngan diorang... Mmg agak susah dah nak jumpa..sebab masing2 ade de life sendiri....

X perasan plak aku... mostly kawan2 baik aku semua dah selamat membina sebuah masjid...

Antaranya....



untitled

Azwa, anak sorang dah..Nurin Syazwani..

8930_1243350410729_1438415396_30687462_1407525_n

Naziroh, pon anak sorang dah..baby boy..

P1240200

Aini, anak lelaki sorang jgk...now da berhijrah ke PD ikut suami...

private_1_c1877e3ea4c27ea0120f9d4845c15b2b3da6faf089ee652ff3d9d5a687ba6a55l-1

Kak Yam, Anak da masuk 2 dah..

ina meed

Ina Meed, Anak lelaki sorang..

24080_1314103226120_1636872385_766577_6565249_n

Laila, coming soon..

10948_102296759789453_100000273893192_61406_640751_n

Syuhada Sawami, baby gurl sorang..tisya..

8930_1243350890741_1438415396_30687474_6177518_n

Kak Nida, with Little Zahra Sofia..

8930_1243350770738_1438415396_30687471_5381602_n

Jannah, with darwisy comel..


AKU?????? BILA LAGI ERK?????


Kalau orang tanya... jawapan aku A.S.A.P... :))




1st Time Jadi Bridesmaid..

Story kali ni kira flashback yer... tetiba je??? ape kes???? hehehe....

Ni la 1st time in my life jadi pengapit pengantin tau... aku sanggup turun ke Banting ngan Kawan Baik aku Ecah... tuk meraikan hari bahagia kawan aku Syuhada Sawami... Kalau korang nak tau.. aku telah diBOOK 7 bulan sebelum tarikh nikah dia.. awal kan..hehe...

Mula2 aku cam nak x nak jer jadi pengapit dia... yer la.. dah la x kenal sape2 kat sana.. pastu plak.. adat lain2 negeri kan x sama... masa hari sanding kawan aku tu.. jenuh mak andam dok briefing kat aku.. ape tugas2 bridesmaid...kena lap peluh pengantin lah.. tarik kerusi tuk pengantin lah..pastu kedudukan pengantin perempuan haruslah di sebelah kiri selalu...huh.. kecut perut gak aku time tu..salah sikit jer.. mak andam menonjol keluar biji mata dia kat aku... huhuhu...


DSCN3655

Time ni Tuhan saja yg tau perasaan aku camner... malu aku lebih dari pengantin tau.....

10948_102296763122786_100000273893192_61407_5841313_n

Masa ni agak cool skit.. sebab dah de dalam umah.. tp, still kecut sebab kat depan berduyun2 org sedang memandang... actually diorang mesti pandang pengantin kan... tp, aku yg over dowh... ingt diorang semua pandang aku.. bajet pengantin plak... hehehe....

Copy of DSCN3676

Tengok.... pengpit lelaki & perempuan agak malu disitu.... hehe...

Aku bukan saja diBOOK tuk sebelah anak dara... sebelah anak teruna pon aku kene jadi bridesmaid... buktinye...

HPIM2425

Tapi, this time aku mmg dah 100% x kecut dah... tetiba jadi cam berani... sebab sehari sebelum tu.. aku dah mengapit... so, hari ke-2 agak keberanian gitu... hehehe...

HPIM2446

bergambar dengan mak ayah pengantin...

DSCN3854

yang ni kenangan yg aku xleh lupa.... selalunya pengantin yg akan suap menyuap antara mereka kan.. ni terbalik plak... pengantin disuruh menyuap kat pengapit...hahaha...so sweet....sib baik diorang x suruh pengantin lelaki suap kat aku... kalau x... naiya aih !!!! hahaha....


Copy of bestfriend

Kami bertiga.. Ecah, syuhada sawami & aku...

18473_104439009575228_100000273893192_115763_2393702_n

Haaaa.... pic ni mmg mahal... bergambar bersama pengapit lelaki... cool x kitaorang??? On that day, baju kitaorang mmg agak matching... sama jugak time kenduri sebelah lelaki...kitaorang x plan tau... kebetulan jer... hehehe...

Kalau korang perasan.. time ni aku agak kurus kan???? mmg time ni aku tgh frust menonggeng..hahaha.... akibat ditinggal kekasih lama... wah.. ayat power u!!!

Sekarang aku tgh bertungkus lumus menurunkan berat badanku..kerana..................................... tell u ollsss later lah !!!!! hehehehehe.....



Kenapa Tak Rogol Saya????

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawat cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that

I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang saja masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

P/S : MORAL OF THE STORY ???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan aku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfaat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……Amin...



SHARING IS CARING...... :-)




Monday, July 26, 2010

10 Asas Kebahagiaan Rumahtangga

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya terkandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.


_DSC8254

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.


_DSC8242

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

_DSC8238

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

_DSC8378

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan

Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.


_DSC8405

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.


_DSC8400

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

_DSC8402

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.


_DSC8404

P/S : Petikan dari sumber2 yg boleh dipercayai.... & model adalah Abang & kakak iparku... :-))





Wajib Buat Ketika BerCinta

Untuk Yang Belum Berumahtangga....

Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi.

Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

3. Hargai pengorbanannya

Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.
Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan.

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. (opppsss..) Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

17ppu-101-1

SHARING IS CARING kan !!!!! :-))




Friday, July 23, 2010

Jom Selongkaq !!!!!!

Salam Jumaat !!!

Hari ni agak ke"free"an (ayat apakah ini)... So, aku nak membayar hutang TAG yg tertunggak suda !!...

Dimulakan dengan hutang TAG dari Ibu Sofia

TAG yang memerlukan aku menyelongkaq Handbag aku...



P7232606

let me introduce erk...hehehe....


  • purse - semua orang mesti ada kan... ke ade yg boh semua tu lam poket jer..

  • kipas lipas - aku gunakan bila dok atas ferry... mau x.. penat & berpeluh bila nak meligan ferry tu... penat beb!!!

  • kunci keta - Kalau aku naik bas..aku bawa kunci bas..hehe...

  • kunci office - Aku kan BOSS.. mesti la kena de kunci sendiri.. STAFF aku tu selalu masuk lambat...hahaha... statement boleh blah !!!!

  • Celcom Berukband - X leh simpan kat umah.. kang ade yg dok pakai FREE.. kudukut kan aku ni..hahaha.....

  • Cable Wire - Penting tuk upload pic2... untuk tatapan korang gak kan..hehehe...

  • Pen - Kot ade yg nak ambik autograf aku.. xyah susah2 bawa keluar pen... aku kan ade...

  • Lipstik - Untuk bibirku yg seksi...haha...

  • Lip Gloss - Untuk menambahkan seksi..haha..padahal pakai time pagi jer..x penah pakai pon pas semayang or lunch...

  • Perfume - Pon sama...pakai time pagi jer... pastu dah x sentuh..

  • Handset - Penting ooo....

Haa.. 1 gi.. Camera... wajib ade lam handbag aku... untuk memudahkan sesi bergedik santai..hehehe...

DONE 1 hutang.. ade lagi utang yg menanti....




Thursday, July 22, 2010

BerROCK STEADY bersama Along...

Untuk ambik berkat pagi khamis yg mulia ni... Lihatlah aksi anak & mak sedara bercamwhoring sementara menunggu maktoknya sedang bersiap nak gi beli ubat kat Farmasi di area Bagan semalam..hehehe...

1st picture... diorang agak sopan......

P6021958

Roh bercamwhoring semakin meresap ke dalam badan masing2..& semakin hampir.... aksi seterusnya...

P6021963

Maksunya cuba untuk memberi aksi ROCK KAPAK.... Abang Long Farish cuba untuk ikut sign ROCK tapi x berapa nak menjadi...

P6021962

& akhirnya x menjadi jugak.... Abg Long Farish cakap... "susah la Acu.. Along x pandai nak buat"... hehehe.... makanya Acu sorang jer yang layan berROCK STEADY dalam keta....

P6021965

Sekian, terima kasih................teruskan kerja anda......


Wednesday, July 21, 2010

Need Protection

Assalamualaikum....& Salam Sejahtera...

Sebelom cite lebih pjg.. korang cuba tgk aku punya Daisypath Anniversary Ticket... 2 ekor Ladybird tu dah nak sampai ke kuntuman bunga..Apekah??? hehehe...:-)

Ok, berbalik pada tajuk kita....

Korang!!! tau x camner nak protect blog kite?? supaya orang2 yg x berkenaan x boleh baca blog kita.. kalau aku tukar URL.. semua komen2 korang da hilang.. x best la camtu... susah2 korang komen pastu hilang plak... kan !!! kan !!!! & susah skit la sebab da ramai kawan2 yg tau blog aku ni.. jadi susah plak pas ni...

Now, FB aku x de hal.. da protect... tapi ade jugak si langau yg ntah camner leh tau hal2 dlm FB aku... ni mesti ade spy or penyamaran telah berlaku.... conclusion nye..aku delete mana2 friendlist yg aku x kenal... sebab sebelom ni aku main accept jer sape2 yg add aku... from now on.. aku invertigate dulu sape yg mau add aku... sorry yer pada yg kene reject tu.. bukan ape... untuk mempertahankan diri.....hehe...

Disini aku nak tegaskan pada 2 ekor langau busuk tu.. Sudah2 la nak ngintip & nak pedajal aku... aku x cari pasal pon ngan korang.. jgnla nak mulakan yer.... kang susah korang !!! aku diam x bererti aku takot... please la... takat cam korang ni... sorang macam jebon tua.. & sorang lagi macam ayam pencen... xde hal la... ingat aku takot !!!

Aku tau... yg sekor langau tu.. dok follow blog aku diam2.... xpe..aku x kisah... jangan sampai ko nak pedajal blog aku ni cukup aaa... kalau tidak... ni... pelempang 7 petala alam..singgah kat mulut busuk ko !!!!

Sampai sekarang aku masih lagi tercari2 camner nak war protection tuk blog aku ni... Kalau ade yg sedia membantu... Please, do let me know...

P/S : Aku kalau boleh xnak si langau2 tu dok ambik tau isi kandungan blog aku.. sebab blog aku ibarat diari perjalanan hidup aku.. & aku xnak kongsi ngan benda2 busuk.. aku nak yg wangi2 jer cam korang 75 followers setakat ni..:-)


P3081521

seperti biasa.. gambar tuah umah wajib ade...hehehehe....aku marah kat 2 ekor langau busuk tu jer tau... ngan korang aku sayang bangat !!!! :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers