Assalamualaikum w.b.t
Mesti semua tau pasal gempa bumi semalam...sama2 kita doa semoga Allah melindungi kita semua dari bencana ini...Insyaallah..
Lepas siap Red Velvet, tengah dok makan ngan family rasa gegar...Ya Allah... takot sgt... taktau nak gtau camner.. nanti saya cite details pasal pengalaman saya semalam yer...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak share ngan korang pasal kerja membaking semalam... Actually, barang2 tuk Red Velvet kek ni dah tersadai banyak ari dalam ais box.. tapi, malas tol nak buat... semalam baru ade kekuatan nak buat..hihi..
Resepi adalah dicilok 100% kat blog
Irma ... TQ dear !!!! :)
Saya copy balik resepi kat sini...
Resepi Red Velvet Cake
Bahan A - Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
*saya guna tepung kek.. so x payah masuk baking powder & saya x masukkan garam..hehe..*
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda
Topping - Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream
Cara-Cara :
Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih.
Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius.
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.
-saya memang berani.. bakar dalam 1 adunan jer..pastu saya potong kek kepada 3 bahagian..hehehe..
Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.
-Oleh kerana saya bakar dalam 1 adunan..saya bakar selama 45mint... sebab mulanya 30minit.. saya cucuk kek still x masak... so, saya lanjutkan masa tapi, still guna suhu yang sama 175'c.. memang betol bergantung pada oven masing2..
Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.
Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.
Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti.
Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.
Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.
Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.
Sekiranya korang TERlebih rajin. Belah kek menjadi tiga atau empat lapisan. Saya tak berani nak potong. Takut pecah. Siapa yang nangis nanti?
-ok, saya rajin..hehe...
Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah. Ada paham ka? Jadi nanti dia akan terpenyek rata juga.
Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda.
Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung.
Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais.
Dannnn..... hasil kek saya !!!!
My Red Velvet Cake !!!
Yummy.... Mak, Abah, Abang & Kak Ipaq cakap sedap!!! saya suke !!!!
Model Cake saya !! Adik Aceh... sweetkan dia...:)
Ok Kawan2 semua... Selamat Mencuba Ya...:)
En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D