Tuesday, February 28, 2012

DAPUR SHU SHINJU ~ Blueberry/Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum....

Ok, kali ni saya nak share ngan korang resepi Blueberry @ Strawberry Chessecake.. saya buat guna strawberry sebab cari blueberry x jumpa..yang ade filling jer... yang filling saya wat topping...

Resepi adalah dicilok sebijik sebijon dari Irma.. TQ darling.. suke ke blog dia... mcm2 yg boleh belajar..:)

Bahan-Bahan :


1 bungkus Biskut Digestives..kalau tak jumpa... guna biskut Marie pon boleh...



600gram Philadelphia Cream Cheese


2 sudu besar butter (tak payah membumbung. Biasa-biasa sahaja. Lebih nanti berminyak.)
3 biji telur (dibasuh dan perlu dilap sehingga kering.)
1 cawan gula. (Tak perlu tambah lagi. Dah sedang2 elok manisnya.)
2 sudu besar tepung gandum. (Tak perlu membumbung.)
1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
1/4 sudu kecil almond extract. (saya tak guna sebab cari x jumpa... tapi, jadi jugak cheesecake saya..hihi.. tapi, kalau korang nak buat sila guna yer..jgn ikot saya.)
Buah blueberry @ strawberry... lagi banyak lagi sedap...(ini pendapat saya la).

Cara-Cara :

Untuk Base :
Hancurkan biskut menggunakan blender kering. Kita nak lebih kurang 2 cawan.
Cairkan butter dan masukkan kedalam biskut yang telah dihancurkan tadi.Kemudian gaul rata. Kemudian kepal2kan dia..agak2 boleh kepal tu kira ok la...kalau biskut masih berderai tambahkan butter cair sikit lagi. Masukkan kedalam sring form cake tin & tekan2 kasi padat. Dah siap masuk freezer dulu sementara nak buat kek dia plak.

  • Guna spring form cake tin seperti di atas. Tujuannya... supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.

  • Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese hingga sebati dan berkrim. Pastikan semua peralatan yang digunakan kering.

  • Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Lepas tu masukkan tepung & pukul lagi.

  • Kemudian masukkan telur, satu persatu  ok. Jangan masukkan 3 biji sekaligus. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Faham kan !!!

  • Kemudian, masukkan esen vanilla & almond extract.

  • Bila dah sebati semuanya, tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar plak hihi...

  • Kemudian, ambil blueberry @ strawberry.. dan tabur ke seluruh kek. tekan masuk dalam2 skit... masa saya buat saya tak tekan..so, strawberry tu dok atas2 jer... kalau buah masuk dalam kek baru syiok dimakan...

  • Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit pada suhu 145'C. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam.

Pada yang tak tahu..nindia Kaedah waterbath.



Maka siaplah cheesecake saya....=)


Masa time nak makan bolehlah letak filling blueberry atas kek yer...kasi cantik kek tu & sedap bila memakannye punn...=)

guna teknik waterbath ni sebab tanak biarkan kek & base tu crack... tapi, cake saya x crack..base yang crack sikit...adehh... xpe..nanti cuba lagi..=)


SELAMAT MENCUBA.....=)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

5 comments:

  1. terbessla leh bukak bakery lepas ni..

    ReplyDelete
  2. hebakkk laaa acu...telior dh ibu tgkkk haaa...

    ReplyDelete
  3. yumeehhhh...sedap cheese cake cenggini...3-4kali buat tak jemu walaupon tak berapa cantek..akekeke

    ReplyDelete
  4. acu...nanti bonda balik nak amik kek hat bonda order tue...acu buat kek nie kat bonda na...nak..pleaseeeeeeeeeeeeeeee...acu sayang bonda kan..kan..kan...

    ReplyDelete

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers