Friday, November 30, 2012

Happy Birthday To My BFF, Nur Afini Adenan

To My Dear Nur Afini Adenan,

Selamat Hari Lahir aku ucapkan untuk hang... semoga hang
  • dipanjangkan umur, 
  • dimurahkan rezeki, 
  • dipermudahkan segala urusan, 
  • diberi kesihatan yang baik, 
  • diberi akhlak yg terpuji, 
  • menjadi wanita yg solehah, 
  • menjadi seorang anak yang mentaati kedua orangtua nya..
Dan Sudah pasti....
  • diberi jodoh yang baik...
InsyaAllah...Amin.....

Aku sayang hang sangat2... Dunia akhirat....Amin....<3 p="p">





En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, November 28, 2012

Orang Pertama

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS.


3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :

Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:

Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:

Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16.Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:

Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :

Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :

Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :

Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :

Nabi Muhamamad SAW

 
Wallahualam......
 

Sharing Is Loving !!!!!
 




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Tuesday, November 27, 2012

Peristiwa Asyura / Bubur Asyura

Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang  mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Di kampung saya, setiap tahun mesti kitaorg akan buat Bubur Asyura... nanti ada sorang akan dtg umah tanya nak tak kongsi buat ramai2.. selalu diorang akan ambik satu rumah RM10... tapi, tahun ni xde pon.. sedih..sebab suka sgt ngan bubur asyura...

pastu kemarin, saje letak kat FB status ni....


pastu, semalam jiran ketok pintu antar mai 4 bekas bubur asyura.... Ya Rabbi...ni la yang dinamakan REZEKI....Alhamdulillah.....



sedap!!!!!! kalau nak lagi sedap, makan time sejuk2 baru kuar dr peti ais....nyumm..nyum....:)

 

En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, November 26, 2012

Dating With Rayyan

Salam... :)

Aritu ibu rayyan ajak temankan dia soping... acu ok jer... best gak window soping nih... pulak tu dapat polok2 rayyan acu yang makin bijak sekarang.....

pandai jer senyum bila kite agah dia.... & now dah pandai nak sembang2 ngan org... pom pang..pom pang.. apa yg dia bebelkan taktau lah...

Ibu rayyan x bawak stroller.. lupa katanya..so, kena la kendong dak comey ni.. mulanya acu cakap.."xpe..sebab rayyan kecik jer... kalau rayyan besar skit myb lengoh la tgn ni"... rupanya tidak ok.. dukung dia 5minit pon dah penat.. boleh tahan berat gak dak ni... pulak tu xnak dok sengap... kaki tgn kepala pusing sana sini....





hishhh..geram ngan budak pipi kembong ni...

 rayyan ushar jer Coolblog acu...hehe...

Rayyan Mr.Potato !!! =)




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, November 23, 2012

Wedding Preparation ~ Guestbook





Salam...:) 

U ollllss... ni la guestbook shu tuk wedding nanti.. yang cover merah tu.. yg cover hitam tu album tunang... shu tempah kat kawan shu masa dia kat oversea dulu.. murah giler.. 2photobook RM 80++ jer...shu rasa cam nak kena wat lagi 1 la guestbook tu... sebab yang ada ni 20pages jer... mesti tak cukup kan...kan... nak mintak korang share kat mana nak tempah questbook yang cantik & murah... 

TQ...;)

 En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, November 21, 2012

Selamat Petang U olllss!!!!


tetiba kan..... mood bergoblog ke laut suda.....

 jumpa esok...daaa...daaa....



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, November 19, 2012

Rindu !!!!!!! :(


 
 Separuh lagi ada kat En.Tunang !!!!!! 


Huwaaaaaaaaaa.... rindunya kat dia... 2week++ tak tengok dia....:(





En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, November 16, 2012

Dapur Shu Shinju ~ Durian Crepe

Assalamualaikum semua.....

Hari ni nak share resepi baru !!! kan sekarang tgh menggila orang dok sebut pasal durian crepe... nak beli mahal plak rasanya... 3 ketol RM10... terasa cam nak buat.. google resepi... dapat la resepi yang bagi saya cam senang giler nak wat...hihihi.. tak caye..meh tgk sini... resepi diambil dari Kak Ana Suzana...[link]..
Thanks kak Ana for the recepi...



Bahan

Isi Durian
50 gram tepung gandum
1 penutup esen vanilla
pewarna kuning
1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor
3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan
160 ml air
40 ml susu cair @ fresh milk
2 sudu besar gula

Bahan inti :

150 ml fresh cream.. Putar whipping krim/fresh cream sampai kental..

Cara-Cara

Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td.. kemudian masukkan susu cair…

Kacau sebati dgn menggunakan whisker.. Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je..lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..Masukkan pula air.. kacau lagi..Pastu, masukkan butter cair.. kacau..Masukkan pewarna..Last step, sila tapiskan adunan tersebut..

Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan.. Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan..Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.

Last step, letak whip cream..kemudian isi durian kemudian whip cream… balut crepe atas kebawah..bawak keatas..kiri kekanan..& kanan ke kiri… SIAP !!!!


Kalau nak resepi bergambar silalah terjah ke blog kak Ana...

Ini lah rupa crepe saya... tak berapa teror nak balut crepe tu... nanti nak buat lagi.... Durian crepe enak dimakan ketika sejuk..lepas buat masuk peti ais dulu barang sejam dua... pergggghh..mmg sedap kot..hihihihi...



Dapat plak buah doyan yang isinya Ya Rabbi... mencongkam jiwa... sebijik RM10.. pandai abah pilih buah...=)




Note : Bulan depan nak balik kampung kak ipar kat Taiping.. dia cakap doyan kat kampung diorg jual sekilo 40sen jer... giler murah... tak sabarnyeeee nak kesana....




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, November 14, 2012

Teringin !!!!!

♫•*•♫...Sesekali...ku rasa teringin......lalalala...
♫•*•♫

 
Assalamualaikum....

Tetiba kan..sejak 2-3 ari lepas, shu teringinnnnnnnnn sgt nak ke cameron Highland... kenapa taktau..padahal bulan July bebaru ni dah pegi pon....yang jumpa abg Aaron tuuu...  haissshhhh.. bestnya kalau pegi Cameron ambik masa dlm setengah jam jer...tiap2 minggu ai pegi tau..hihihihi...


Note : Salam maal Hijrah untuk semua... tercapai tak azam tahun lepas... saya dah !!! Alhamdulillah...=)


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, November 12, 2012

TQ semua !!!!!

Salam....

Nak say TQ to everyone yang telah mengWish my birthday semalam kat blog, FB & msg kat fone.... Saya sayang anda semua... semoga kita mendapat keredhaan dariNya..Amin.....


syyyyyyhhhhh..please dont tell anyone that i'm gettin old now !!!



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Sunday, November 11, 2012

It's My Birthday Today !!!!

Salam Semua...=)




Alhamdulillah, hari ni 11Nov 2012 genaplah usiaku 28tahun... huwaaaaaa... 28 suda.. 2 years lagi dah meningkat ke 3series...

1st sekali, Terima kasih Ya Allah, kerna memberi kesihatan yang baik padaku & masih memberi peluang tuk aku hidup di muka bumiMu ini...



Terima kasih juga kepada kedua orang tuaku kerna telah melahirkan, mendidik & memberi tunjuk ajar sesempurna mungkin & sebaik mungkin.. tak mungkin sekelumit kejayaan pon yang saya akan raih tanpa mereka...alhamdulillah..Terima kasih Mak Abah...



Semoga aku diusia 28tahun ini...& umurku yang akan dtg insyaAllah... akan dimurahkan rezeki, diberi akhlak yg terpuji, menjadi wanita yg solehah, anak yang mentaati kedua orangtua nya.. & sudah pasti diberi jodoh yang baik..& suami yang soleh supaya dpt membimbingku ke Syurga..(En.tunang !! Please Take Note !!)



Amin..amin.. Ya Rabbal Alamin...




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Saturday, November 10, 2012

Say Happy 3rd Anniversary to Blog Shu Shinju !!!!

Salam semua... !!!!

Hari ni genaplah 3 tahun saya bergoblog !!! hehehe... sungguh cepat masa berlalu... Aduhai... Actually rasa happy giler sebab dengan berblog, saya punya beratus kawan baru... walaupon x semua yg saya kenal... dari pengalaman selama 3 tahun ni.. mostly semua kawan2 blog saya adalah SUPER BEST !!! THANKS KEPADA KORANG !!!! SAYA SAYANG ANDA SEMUA !!!!

Rajin2 lah jengok kesini lagi yer..=)

Kalau boleh xnak berenti berblog... selagi terdaya nak kumpul lagi anyak kawan...hehehehe.... berkawan biar berjuta kan...kan..kan...kan....


Salam sayang peluk cium muaahhh...muaaahhh... dari saya....=)


note : Ehhhh...Esok 11 November la....!!! hihhihi...




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, November 9, 2012

09.11.12 ~ Perancangan Allah Lebih Sempurna

Salam Semua...=)

Kalau diikutkan hari ni (09.11.12) bakal tercipta satu sejarah...tapi, perancangan Allah adalah yg lebih tepat... takpe, tunggu 2 bulan lagi..InsyaAllah...=)

Plan asal my Nikah bakal berlangsung hari ni..09.11.12, sanding esok 10.11.12 & bertandang 11.11.12(my birthday)... tapi, atas sebab yang x dapat dielakkan... kami sepakat menangguh ke satu tarikh baru iaitu pada tahun hadapan...InsyaAllah.. Khamis, 24.01.13 (12 Rabiul Awal)... 

Semoga dipermudahkan segala-galanya.... Amin...


note : Happy birthday kak Ina Hassan..=)


Thursday, November 8, 2012

Dapur Shu Shinju ~ Bubur Nasi Bersama Daging Ala Shuhadah

Elehhhh... buat buboq pon letak sini... eh!!! biarla... blog kite!!! weeekkk..:p

Assalamualaikum semua...

Hehehe... saje jer tu dialog tu... ke ade yg cakap camtu...huwaaaaaaaa....

Ok, 1st nak story skit... seumur hidup x penah buat bubur nasi.. dalam kepala dok pikir.. macam susah jer nak buat.. sehinggalah pada suatu hari... kak ipar saya buatkan.. Ya Allah..sedapnyaaaa... terus mintak resepi kat dia... pastu teringat plak yang en.tunang sangat suka makan bubur nasi.. why not aku belajar kan.. esok kawin boleh aku bagi dia makan bubur nasi tetiap hari...hahahaha....:p

Pasti ramai dah kat sini yang pandai buat kan... xpe.. saya letak sini sebab takot lupa.. nanti boleh refer balik.. pada yang nak cilok resepi ni pon boleh jer.. mak tak kedekut nyah !!! hehe..

Bahan-bahan yang diperlukan :

2 Genggam Beras
Air
Daging @ Ayam
Halia sebesar ibu jari (dihiris halus)
7 biji Bawang Putih (dipotong dadu)
10 biji Bawang Merah (dihiris halus)
Ikan Bilis
Telor Masin yang dah direbus.

Cara- Caranya :

1. Cuci beras kemudian masukkan air. Air banyak xpe..its ok..pastu masukkan daging & halia... masak sampai beras kembang & mendidih.. masukkan garam & perasa. Bubur nasi kita dah siap !!!
2. Goreng bawang merah hingga garis kemudian toskan.
3. Goreng Ikan Bilis kemudian toskan.
4. Goreng bawang putih tapi jangan sampai garing..agak2 jer..pastu angkat sekali ngan minyak.


Masa nak hidang.. sendukkan bubur nasi ke dalam mangkuk..pastu tabur atas bubur sedikit @ 1camca kecil minyak bijan(minyak bijan jgn letak banyak..nanti lain plak rasanya) bawang putih & minyaknye sekali..pon jgn banyak sgt k.. bawang goreng, ikan bilis & telur masin.


Siap!!! sedia untuk dimakan... 


note : suka letak hirisan halia banyak2 dlm bubur.. sedap terasa keenakkannye bila dipepak2 bersama bubur nasi..hehe..



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, November 7, 2012

Melawat baby Nuha & Ibunya....

Salam semua...

Bertambah lagi sorang umat Rasulullah S.A.W di bumi Allah ni.... my BFF Ecah selamat melahirkan baby gurl yang comey lotte gebu gebas cam ibunya...

Aku gi melawat Ecah bersama my BFF Afini... the only one BFF yang close setelah ecah mendirikan rumahtangga... Afini mengeluh... "esok hang kawin aku dah xdak sapa... nak kena indipendent".. alololo... jgn la gitu pini... esok aku dah kawin.. rasa nak ajak keluaq sembang2..calling2 ja... insyaAllah, aku rasa bakal suami aku sporting orangnya.. takat nak jumpa together2 ngan hang dia no hal.....=)

Baby Nuha masa kami sampai dia celik jap.. dlm 5minit ja..pastu dia bantai tidoq sampai petang... baby gitula kan..tido jer...

Lama gak kami lepak umah ecah... lagipon mak ecah soh kami temankan ecah jap..mak dia nak keluar jap gi beli barang... bila dah kami2 ja tinggal... apa lagi...sendiri mau tau la... xpadan ngan maktang ecah tu.. sama naik... hihihhi...baby Nuha rileks ja tidoq..bising la lagu mana pon...hahaha.. lepastu dengar plak Ecah dok bercerita pengalaman bersalinkan Nuha... aduhai.. gerunnyaaaa.....huhu....



 baby bambam ni namanya.. Nuha Qairina binti Ahmad Syazwan..=)



tido jer dia..dpt plak tilam Vono..hehehehe..:p

Lepas balik dr tgk baby Nuha.. cam biasa..sesi gosip2 gurl antara aku dan pini di mc.D... hihihi...



aku turun lagi 2kg.. ade nampak perubahan tak?






En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers