Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Sakit Purutttt Saya !!! Kesian...3 orang sekali kena....

Salam....

Aiyoooo... jgn mara sama saya... saya main2 saja.... (sib baik depa sporting)...

Tak sangka la penyertaan aku terpilih.. Jumaat lepas sesaja dok dengaq Panggilan Hangit kat laman web HOTFM tu..pastu saja la daftar... tup2 AG call pagi semalam... Aku kenakan kak ipaq aku yang dok meniaga Nasi Kerabu kat Pasar Malam...hihihi...

1st AG interview aku dulu.. tanya itu ini... 5minit pastu dia call balik cakap kak ipaq aku taknak cakap dah.. dia letak fone.. call balik taknak angkat.. dia mintak plak no. orang lain... aku bagi no.mak.. dia siap tanya nama mak ape.. tu yg dia kenal semua... mmg sempoi la AG ni... 5 minit pas tu AG call lagi aku... dia cakap.. "Shuhadah, semua xnak cakap ngan AG ni.. hahaha... " tapi, dia cakap dia akan try lagi....tu yg kena semboq ngan paknon tu..sian AG..hahahaaha...

Nak pekena kak ipaq jer.. sekali terkena sampai 3 orang... aduhai.. sorry mak, abah, kak lisa... Adah gurau2 jer....

Pagi tadi pukul 7 aku gerak abih semua..soh dengaq.. mmg gelak pecah perut la pagi tadi... hahaha...

Korang dah dengar lom?? pandai tol AG berlakon jadi Mat Nepal...hahahaha...

korang nak dengar.. click [SINI]..



semalam balik keje wat muka dono jer...konon2 xde pape.. sekali...hahahhaha...




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, December 12, 2011

I Will Marry U....Yes I'am...

Korang, tengok video ni....serius KELAKAR GILER....

Apabila budak perempuan tu yang memaksa budak lelaki tu untuk berkahwin dengannya...hahaha... serius lawakkkkkk....


Gatal sungguh budak perempuan tu....hihihihi...


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, November 2, 2011

♥ ♫•*•♫ Di Renjis-Renjis Di Pilis...Di Tepungilah Tawar ♥ ♫•*•♫

Taktau kot2 ade yang dah pernah tengok video ni..tapi, saya 1st time tengok....

nak tergelak dengar masa minit 1:34 ~ 1:38.....hingga ke anak KUKU..♫...hahaha...

Apa2 pon kita tapik springgggg kat omputih ni... gigih jugak nak nyanyi lagi melayu...hihihihi...


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Monday, October 24, 2011

Malam Pertama Yang Tergendala (18SX)..hahahahaha.....:p

OMG !!! ni bukan cerita lucah yer !!! :p


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

“Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.

“Orang muda bang Aji, biarlah...” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.

Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi... Lampu ku tutup... Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.

“Waalaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”

“Tik..tik..tik..tik…”

“Kring.. kring..kring..”

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi.

Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi… Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!


p/s : Hadiah baru tuk orang kawin...JAM LOCENG !!! hahahaha...:p


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Wednesday, August 3, 2011

PERISTIWA DI BILIK BERSALIN..... (18SG)

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow… Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lelaki yang ketiga.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3: Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab saya bekerja di 4 season hotel kot…

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.

Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020…



HAHAHAHAHAHA.... lawak untuk anda semua di petang Ramadhan yang ke-3.





En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

TAFSIRAN MIMPI....


Setiap daripada kita pasti pernah bermimpi tetapi tahukah kita rahsia di sebalik mimpi kita itu. Sama-samalah kita lihat rahsia beberapa contoh mimpi....






mimpi dipatuk ular

jika anda bermimpi seperti ini maka ia menandakan
rumah anda berselerak dan kemungkinan ada
ular dalam rumah anda.






mimpi jumpa harta karun


jika anda bermimpi jumpa harta karun maka
jangan sesekali mengambil harta karun tersebut
kerana harta karun tersebut Ahmad Albab yang punya.






mimpi berkelah di pantai


mimpi ini sangat bahaya kerana kemungkinan
besar kawasan rumah anda akan menghadapi
masalah gangguan air dalam masa 2 tiga hari
lagi.






mimpi membela kambing


jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan
besar anda tidak mandi sebelum tidur.
maka bau bau kambing terbawak bawak
sehingga tidur..so badan bau kambing.




HAHAHAHAHAHAHAHA.........Korang jgn marah saya yer... saye pon dah terkena....hihihihi... jenaka di pagi 3 Ramadhan.... Selamat Menjalani Ibadah Puasa...:)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

Friday, July 15, 2011

JIN KA LEWA LEWA LEKUK LEWA LEKEY CIPOLEY CIKEDUK !!! ITULAH AYATNYE.....


Ade ayat ke nak kena baca masa sarung cincin tu... macam2 hal la... tergelak besar bila tengok ni... hehehehe...


Thursday, August 12, 2010

Degil !!!! Org dah kasitau jangan tgk.. Ko nak tgk jugak...

Korang x kuar lunch kan!!! ke ade yg kuar lunch jugak ni....hehehe...;p

Meh tgk video ni....




Hahahaha..... Gasak... degil sgt.. ambik ko !!!!




Monday, July 12, 2010

Hang Tuah Failed SPM (Utaqa Version)

Untuk sapa2 yang tengah bermuram duka akibat kalah bola semalam.. meh hiburkan hati anda ngan video dibawah... sure korang gelak terbahak2...

Aku 10 kali tgk pon still dok terbahak2 gelaknye...sapelah yg genius wat video ni erk....kredit la kat dia...



Best x??? best x??? hehehehe....

Jangan risau Hang Tuah... Ambik je Paper Julai.. & jangan Clubbing2 lagi yerk.... hehehe....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers