Assalamualaikum...
Dah lama nak cita pasal ni..tapi, x berkesempatan nak mengarang... sekarang baru sempat...
Actually,sebelum ni saya tak percaya ngan benda2 sihir ni... sampai la satu hari tu saya temankan mak & abah gi berubat kat sorang ustaz di Padang Serai.. nama ustaz ni Ustaz Shuhaimi.. Mak kesana sebab nak berubat secara islam plak.. sebab doctor nak soh mak buat pembedahan tulang belakang.. kata doktor tulang belakang mak dah teruk.. kalau x buat mak boleh lumpuh.. tapi, kos nak buat pembedahan adalah sangat melampaui batas.. 30K.. tu belum masuk kos ubat2an & wad... mau gak sampai 40K..huhu..
Satu hari tu, ada sorang kawan abah suggest soh pi kat ustaz shuhaimi ni.. buat perubatan secara islam plak.. ambik air penawar...ustaz Shuhaimi hanya berubat hari Selasa & Sabtu ja.. time berubat adalah malam... setakat ni kami dah ulang pi sana masuk 3 kali dah... Alhamdulillah.. mak sekarang makin bertenaga.. Mak pon ade cakap yang dia rasa kurang sakit sikit.. & sekarang ni tiap2 Sabtu kami akan kesana ambik air penawar...
Yang saya nak cita kat sini adalah pengalaman saya berada disana.. Orang yang nak berubat dengan ustaz ni adalah tersangat ramai... bayangkanlah, kami sampai rumah ustaz jam 9mlm.. habis berubat jam 5.30pagi..fuhhh..mmg ramai giler...
Sampai jer sana kita kena bagi nama org yang nak berubat dulu kat ustaz..sebab sebelum nak mulakan perubatan, ustaz akan buat Sembahyang Tahajud dahulu...daripada situ dia dapat tau ape masalah kite.. lepas tu baru ustaz akan mulakan perubatan...(masyaallah, ustaz ni diberi kelebihan mengenal masalah/penyakit manusia)
Satu malam tu.. masa ustaz tengah dok sembahyang tahajud, ada sorang budak perempuan, muda lagi tapi dah kawin.. terus mengamuk macam org gila.. suara dia bertukar kasar & gerun bila didengar... kejap dia nangis, kejap dia gelak, saya pandang dari jauh.. sebab takot.. tapi, boleh dengar apa yg dia cakap... rupa2nya perempuan tu dah dirasuk... iblis dalam badan budak tu x boleh dengar ustaz shuhaimi dok baca ayat2 al-quran masa sembahyang tahajud..habis tudung yang dia pakai dicabutnya.. & dia mencangkung atas kerusi... pembantu2 ustaz datang pegang budak tu... 3org pembantu ustaz kalah ngan dia..punya la kuat budak tu... padahal badan kecik ja... pembantu2 ustaz tu baca ayat al-quran kat telinga dia.. dia jerit & cakap.. " Jangan baca kat telinga aku, aku xmau dengaq.. panas !!".. budak tu jadi macam org gila.. rupa2nya ustaz tu cakap, budak perempuan tu dah terkena buatan orang.. masa hari dia kawin.. ada orang datang tanam "benda" depan rumah dia.. mungkin "org tu" nakkan dia tapi tak dapat...sanggup buat guna2... lepas pada tu ustaz tu bawa dia masuk bilik... kejap dengar dia muntah2... beberapa minit lepas tu, budak perempuan tu keluar dr bilik.. elok dah.. xde meracau lagi...
memang saya terkejut sgt... sanggup org buat benda2 yg tak elok ni.. sebab dendam..sakit hati... dia pikir hati dia puas.. x penah pikir org yg terkena tu..kesian tengok budak perempuan tu... :(
Masa saya tengah tunggu giliran, saya ke toilet kejap, masa kat toilet, saya ade bertegur sapa dengan sorang kakak ni.. dia tanya saya.. "adik dtg berubat ke? sakit ape? ".. saya jawab kat dia saya bawa mak.. sakit tulang belakang.. x sempat saya tanya balik pada dia.. dia terus cita sebab dia jumpa ustaz ni...
ni saya lagi kisah yang saya mcm susah nak percaya.. tapi benar berlaku... kakak tu dtg berubat kat ustaz tu sebab dia dah 7 kali mengandung.. tapi, anak hilang dalam perut seusia 5 bulan.. & dalam 7 kali tu, sekali dia mengandung kembar... Masyaallah..mcm susah nak percaya.. tapi, itu realitinya.. saya tanya dia camna anak boleh hilang?? dia cita, masa dia mengandung 5 bulan, malam dia mimpi ada org ambik anak dia... bila dia terjaga ja..perut dia dah kempis.. pastu dia akan rasa sakit perut macam period pain...tapi, takde pendarahan berlaku..bila dia gi check doktor, dok cakap tinggal karung je dalam perut dia.. & dia terpaksa berpantang macam org baru lepas bersalin... masyaallah.. kesian kan... 7 kali !!! korang bayangkan... & kakak tu ade cita jugak..masa mak dia bersalinkan dia dulu, ade "JIN" nakkan dia.. tapi x dapat.. tu pasal dia turun kat anak dia pulak... susahkan nak percaya... tp, itulah yg terjadi...
Macam2 kes saya dapat tengok sepanjang berada kat rumah Ustaz tu... kalau nak cita mmg sampai esok pon tak habis...
Susah saya nak percayakan korang dengan cita2 ni kan!!!!.. kecuali korang tengok dengan mata kepala sendiri... terserahlah... Yang pasti, selepas saya tengok apa yang terjadi.. 1 benda yang terlintas di fikiran saya...
Kadang2 kita x sedar percakapan, perbuatan kita menyakiti hati seseorang tu.. & kalau orang tu pendek akal mmg dia akan terhasut dengan hasutan syaitan durjana yang sememangnya mahu menyesatkan umat islam.. makan mulalah nak menyantau la.. itu la ini la.. aduhhh... seram plak...
Lepas ni sebarang percakapan & perlakuan kena jaga2.. takot2 orang x puas ati... hurmmmm....
Wallahualam....
En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D
padang serai?? teringin nak bw mak pegi sana...mak yani sakit dari tahun 2009 masa tu dia lalu ikut jalan dia x biasa lalu, balik daripada mengaji lepas pada tu tangan muka mulut kaki semua membengkak....start dari tu pegi hospital dr cakap mak kene Chikugunya tapi yang malang lepas hilang simptom tu kaki mak sellau bengkak dan xleh jalan jauh2....banyak tenmpat dah kami p condition mak tetap sama.tapi sekarang sebulan sekali checkup kt klinik zainal, bergantung kat ubat klinik tu je, sbb hospital kata mak xde penyakit apa yang dapat di definasikan....erm nak berubat cara mcm ni abh xkonfiden sbb dulu2 dia ada pengalaman buruk...
ReplyDeleteyani ~ alhamdulillah setakat ni mak macam ada semangat skit nak berjalan & nak wat keje... ustaz ni dia berubat guna ayat suci al-quran je dik... nanti akak bagi no. fone.. kita ikhtiar dik.. selebihnya berserah padsa ALLAH...
ReplyDeletenauzubillah minzalik..mintak2 dijauhkanlah masalah mcm tuh kat kita..tapi shu..nanti bila2 along pi sana nak ajak la shu pi umah ustaz tuh,nak bawak abah along berubat..boleh?
ReplyDeletealong ~ insyaallah, moga2 kita dijauhkan... boleh along..xde masalah... dia berubat ari selasa & sabtu ja...
ReplyDeletepenah jugak pergi berubat di Ijok..sedang asyik berubat tetiba dgr bunyi orang berlari atas bumbung..semua melopong..tak percaya..
ReplyDeletetakut dengar untung la dapat dengar dr shu sendiri :)
ReplyDeleteSalam dear, boleh email sis x tentang ustaz tu?
ReplyDeletebird_anis86@ymail.com
aslmkm boleh saya dapaykan num ustaz
ReplyDeleteAssalamualaikum boleh tak nak dapat info pasal ustaz ni afiqahizazuddin@gmail.com
ReplyDeleteAssalam...boleh saya dapatkan contact no. Ustaz tu x?
ReplyDeleteAssalam...boleh saya dptkan contact no ustaz tu x?
ReplyDeleteAssalam...boleh saya dapatkan contact no. Ustaz tu x?
ReplyDeleteNak cuba rawatan bole, cuba call/wasap no ni 0175978463
DeleteNak cuba rawatan bole call/wasap no ni 0175978463,inshaa Allah
ReplyDelete