Monday, October 24, 2011

Malam Pertama Yang Tergendala (18SX)..hahahahaha.....:p

OMG !!! ni bukan cerita lucah yer !!! :p


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

“Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.

“Orang muda bang Aji, biarlah...” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.

Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi... Lampu ku tutup... Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.

“Waalaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”

“Tik..tik..tik..tik…”

“Kring.. kring..kring..”

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi.

Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi… Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!


p/s : Hadiah baru tuk orang kawin...JAM LOCENG !!! hahahaha...:p


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

5 comments:

  1. waa...shu dah bg idea kat along...hehehehe...bila tarikh nikah???

    ReplyDelete
  2. hahahahhaa...best tu hadiah naya pengantin baru, heee..

    ReplyDelete
  3. heheheh hadiah very the kacau...teringat lak masa malam pertama...kami tido paling lambat sekali tak mo orang bahan...hehehe...sampai tersenguk tahan ngantuk

    ReplyDelete
  4. hahahah terbaik laaa
    bleyh laa cmni
    kaloi punn nak gak bg adiah jam loceng pas ni kekeke

    ReplyDelete
  5. ni kes nak kenekan pengantin. org dah bese buat.... tp kalau aku la kan... aku buat dont know je....

    ReplyDelete

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Tinggalkan Nama & Link Anda Disini Yer ♥♥♥

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers