Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Di kampung saya, setiap tahun mesti kitaorg akan buat Bubur Asyura... nanti ada sorang akan dtg umah tanya nak tak kongsi buat ramai2.. selalu diorang akan ambik satu rumah RM10... tapi, tahun ni xde pon.. sedih..sebab suka sgt ngan bubur asyura...
pastu kemarin, saje letak kat FB status ni....
pastu, semalam jiran ketok pintu antar mai 4 bekas bubur asyura.... Ya Rabbi...ni la yang dinamakan REZEKI....Alhamdulillah.....
sedap!!!!!! kalau nak lagi sedap, makan time sejuk2 baru kuar dr peti ais....nyumm..nyum....:)
En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D
sedap ni shud........ tp tahun ni kat rumah knida xda sapa pn bg..huhuhuhu
ReplyDelete