Thursday, February 9, 2012

DAPUR SHU SHINJU ~ Caramel Cake

Ramai yang mintak resepi kek karamel ni kat FB.. btw, kalau korang google banyak resepinye... tp, xpe.. lain orang lain caranya... ni cara saya...

Sedia??? mari kita mulakan...

BAHAN-BAHAN:

(Bahan A)-Gula Hangus
2 sudu Besar Gula

(Bahan B)- Caramel
1/2 Tin Susu Cair
70gram Gula Aising
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
3 Biji Kuning Telur

(Bahan C)
140gram Tepung Naik sendiri
70gram Gula
3 Biji Juning Telur
135ml Air Masak
45ml Minyak

(Bahan D) Merinque
6 Biji Putih Telur
70gram Gula Aising
1 Sudu Teh Cream Of Tartar

CARA-CARA:

1. Masak Bahan A diatas loyang sehingga gula tu bertukar keperang2an.Korang ratakan gula hangus tu & biarkan dulu.
2. Kacau Bahan B. Important ni..Kacau perlahan2 ok..Jangan sampai berbuih..kalau berbuih x jadi karamel tu. Lepas tu masukkan bahan B tadi kedalam Bahan A. Masa nak tuang bahan B ke Bahan A guna penapis tau.. kalau tak karamelnye tak cantik nanti.
3. Pukul bahan C & ketepikan.
4. Pukul bahan D sampai kembang. Nak tau dia betul2 kembang, terbalikkan adunan.. kalau adunan x jatuh maknanya kembang la tu...:D
5. Campurkan bahan D ke dalam bahan C sedikit demi sedikit & gaul sampai sebati.
6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.cam saya buat 4 bahagian.
7. Letakkan pewarna @ paste yang anda suka.
8. Masukkan ke dalan loyang yan berisi gula hangus & karamel tadi (A+B) berselang seli.
9. Bakar adunan secara double boiled. Cara dia..Masukkan air panas mendidih ke dalam loyang & letakkan loyang adunan kek tadi diatasnya. Kalau korang tak paham cara doule boiled ni silalah google k..:)
10. Bakar pada suhu 180'C selama 45minit.
11. Bila dah masak, biarkan dia sejuk lebih kurang dalam 10min baru terbalikkan.

SIAP !!!

Kek ni sedap dimakan time sejuk2 baru pas keluar peti ais...


SELAMAT MENCUBA !!!!!


En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

3 comments:

  1. wa..terliur suda..kena buat ni..tapi tepung naik sendiri ek? kena cari la ni..kalau takde, nak ganti ape ek?

    ReplyDelete
  2. acu....tolong buat kan bonda bleh....bonda tempah la...nanti next month bonda amik..bonda nak balik 16/4-18/4 nie...

    ReplyDelete
  3. perghh leceh buatnya..padan la sedap...hahaha dok cari resepi shu la nehh...hehehe

    ReplyDelete

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Tinggalkan Nama & Link Anda Disini Yer ♥♥♥

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers