Thursday, February 10, 2011

HOT MAMA

Salam all,

Saya dalam banyak2 artis, saye paling minat ngan si HOT MAMA ni.... maintain ok... korang nak tau sape?? dia terkenal ngan Rambut Palsunya...:) sapa lagi kalau bukan si ERRA FAZIRA tu...

Maintain ok..macam anak dara....

Jom layan pic2 ngan anak dara dia si ALEESYA yg bambam ni...eeee...geram sgt kat dua beranak ni....


59521_159139120769292_146556972027507_516541_529024_n

ALEESYA cakap CAK !!!

61747_159139300769274_146556972027507_516543_5546712_n

63366_159139314102606_146556972027507_516544_3426644_n

59995_159139437435927_146556972027507_516545_6826047_n

62188_159139454102592_146556972027507_516546_2931921_n
lawa kan baju pink yg ERRA pakai ni...

63372_159140207435850_146556972027507_516548_7940806_n

59116_159140747435796_146556972027507_516550_6011254_n
tgk la si ALEESYA tu..bambamnyeeeee....

62875_159143557435515_146556972027507_516562_1202034_n

61927_159144367435434_146556972027507_516565_3505661_n
fuhhhh...

sekian, dari saya....

DAPUR SHU SHINJU ~ SPAGHETTI BOLOGNESE

Salam & Hai all,

Ceeeewah...tajuk x hengat donia... actually nak cite ni... cuti CNY bebaru ni... saye ade la masak satu resepi yg agak best... & keWESTERNan gitu...hihihihi...Spaghetti Bolognese... best x?? best ??

Saye rasa semua tau kot camner nak wat spaghetti Bolognese... xpe..nak gtau jugak cara2nye...

pertama..panaskan kuali masukkan sedikit minyak.. tumis bawang besar & bawang putih seperti gambar dibawah....xnak overcook yer..kite nak layukan bawang2 ni sebentar sahaja...


P2041871
(maaf, kuali tak cantik...hehe..)

kemudian, masukkan daging cincang...saye beli daging cincang jenama Ramli..ade jer dijual di pasaraya berdekatan anda yer... goreng daging cincang ni sampai betol2 garing...agak2 dalam 10-15min camtu...



P2041876
(maaf, lagi sekali...kuali tak cantik...hehe..)

Bila daging cincang dah garing... masukkan chicken meatball... kacau sebati...

P2041877


then, sesudah itu, masukkan 1 tin sos Prego Traditional, 1 tin Tomato Puree & Sos Cili(agak2 pedas mana korang nak)...nak guna cili paste pon boleh....



P2041879

kacau lagi...

kemudian, masukkan cendawan... saye beli cendawan butang yg dalam tin punya k...



P2041880

kalau korang nampak cam kering..leh tambah air skit...

Pastu, masukkan garam, gula, perasa secukup rasa..... siap !!! simple kan...

Ok, jangan lupa rebus spaghetti ngan air panas...letakkan garam sedikit dalam air panas tu erk.. rebus lebih kurang dalam 13-15 minit...& jadilah seperti dibawah ini...



P2041881

Now, my Spaghetti Bolognese dah siap... boleh hidangkan...

See my Spaghetti Bolognese.. takde deco apa2 yer.. saye tak kreatif ok...hehehe...



P2041883


Saye amat terharu apabila 1st time saye wat Spaghetti Bolognese ni... diperakui sedap oleh Abah, Abang, Mama Qaseh & Farish...hihihihi... Mak x berapa minat sgt Spaghetti ni...saya bangga u ollsss..hehehe... pas ni leh buat lagi...

Sehingga itu...Salam Sejahtera...kite jumpa lagi di episode yg akan datang... Bye !!!!!



Malam Pertama Dialog Suami Isteri

Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.



Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.



Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.



Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan...tidak pernah mereka berjalan beriringan...tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.



Malam semakin larut....Si suami membasahkan tubuhnya...menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong...agak lama...sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu...Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih.



Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur...itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu...ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya...tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..



Dia menunggu....berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu..



Isteri : Mengapa awak pilih saya?



Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)



Isteri : Ramai kan yang berniqab



Suami : Kerana Awak ada Agama



Isteri : Ramai kan yang ada Agama



Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T



isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.



Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak...tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.



Isteri : Saya tidak Cantik....



Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal...tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak...Wana'uzubillah..



Isteri : Saya juga ingin cantik...



Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal...awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?



Isteri: Itu yang saya mahukan...



Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari...malah lebih dari itu?



Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?



Suami : Ada Caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!



Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!



Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”



Isteri : Saya Kurang faham... dimana alat-alat mekapnya?



Suami : Rasulullah pernah berkata " Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).



Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?



Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu ...Awak ada wudukkah?



Isteri : Ada...nanti sekejap..



Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36)



Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti...



Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)



Isteri : Sohih tu bang...tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..



Suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?



Isteri : Oh..ada2 ingat....



Suami : maka bertanya lagi Ummu Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .



Isteri : Alhamdulillah ..baru saya faham...maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!



Suami : Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?



Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!



Suami : Ya ..saya juga muzakarah dengan Awak , lagi satu...bidadari Syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!



Isteri : hah!..bidadari marah saya?..kenapa..macamana awak tahu?



Suami : buka kitab hadis tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra).



Isteri : Wah....saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!



Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi).



Isteri : Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang...tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasululullah dan akan mendapat nikmat Syurga...bagaimana dengan diri abang?



Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan..biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli-ahli u-jam tolong buatkan artikel!



Isteri : Asyik2 U-jam...Baiklah...jadi sekarang saya nak tuntut tanggungjawab abang!



Suami : Selamat membaca ya pengunjung u-jam...jangan lupa share artikel ini dan letakkan link u-jam sebagai sumber....penat dah menaip ni...hangpa copy paste ja... =)



Artikel Asal Penulis : Ibnu Rahman



Rujukan : Al-Quran & Hadith , Kitab Muktabar

Dipetik dari : http://u-jam.blogspot.com/2010/12/malam-pertama-dialog-suami-isteri-18sx.html



SHARING IS CARING kan !!!!!!! :)









Wednesday, February 9, 2011

GA PERTAMA PONDOKKECILKU

Salam all,

Tapak kaki cakap saye ni banyak ONG ooo... sebab selalu menang GA or Contest... harap2 masin mulut dia...hehehehehehe....

So, arini saye nak join 1 lagi GA.. GA ni datangnye dari Mummy Danny Pondok Kecilku..:)

Korang2 kesayangan saye...meh la join sekali... hadiahnye pon sgt menarik ok!!!

Syarat syarat pun tak sesusah mana....
(1) Mestilah jadi follower Mummy dulu ye
( follower pertama kat Butik ni... dan kedua kat Blog ni lepastu...).
(2) Post entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).
hadiahnyer...

HADIAH PERTAMA : KAFTAN 2011
AMAT SESUAI UNTUK PERGI DINNER,FUNCTIONS,MAJLIS2 YANG ELEGANT,UNTUK KAHWIN,TUNANG PUN BOLEH..HARIAN PUN OK JUGAK
UP 2 U DARLINGS!!!
HARGA 195
SERTA BARANGAN LAIN (terpulang pada mummy yer nak kasi ape..yang penting best)


HADIAH KEDUA : GAMIS ELEGANT
AMAT SESUAI UNTUK PERGI DINNER,FUNCTIONS,MAJLIS2 YANG ELEGANT,UNTUK KAHWIN,TUNANG PUN BOLEH..HARIAN PUN OK JUGAK
UP 2 U DARLINGS!!!
HARGA RM 175
SERTA BARANGAN LAIN (terpulang pada mummy yer nak kasi ape..yang penting best)


tarikh tutup : 02/03/2011


Menarik bukan!!!!!! Tunggu ape lagi???? Jom terjah !!!



Yeayyy !!!!!! Saye Menang !!!!!!!!!!!!

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..........

saye menang contest BESTFRIEND FOREVER GIVEAWAY by ROSE ZANIEZA DANNY.....

Fullscreen capture 292011 70525 PM

Ok what saguhati.... yg penting I menang ok...hihihihi... belagaknye...

Thanks Rose.... I LOVE U SO STRONG LAH...hihihihi..:)



Inner Neck

Salam all,

This is my 1st inner neck.. recomended by miss titin... mmg sgt selesa memakainya... & bila pakai inner neck ni leh menSTYLEkan lagi pemakaian shawl ni... suke !!! suke !!!


P2091957
dalam toilet pon menjadi....:D

Thanks tin kerana rekemenkan shu kat mana nak beli inner neck ni... saye beli on9... ada gak try cari kat luar... payah nak jumpa...


P2091961

amacam??? ok x?

P2091971
senyum sambil tutup mulut...ishh...cam pelik jer bagi saye yg suke senyum nampak gigi..hehehe....

Ohhh ya, kejap tadi saye baru jer shopping lagi sepasang inner neck..hehehehe....

Adakah saye sekarang kaki shopping???? Oh tidak!!!! masih dalam keaadaan terkawal...:)


Tahniah Lissa & Hubby !!!!

Salam all,

Sangat teruja + seronok + bersyukur bila dapat berita my very close blogger friend Lissa bakal menimang cahayamata kembar.... wow... congrate dear... i'm so happy for you...


DSC_0273


Actually dapat tau awal dah dari Along Lissa kak Riz... tapi, kak Riz warning saya soh kunci mulut dulu sampai lissa announce..hehehe...saye berjaya simpan rahsia kan kak Riz....

Take care ok... & jgn lasak2 sgt...

Tak sabar nak tau gender baby plak... kalau dapat sepasang lagi best kan !!! :)




Maafkan Aku SAHABAT

doa sahabat purple

Disaat aku merindukan Sahabat2 lamaku... Aku telah melukai hati seorang Sahabat yg boleh ku anggap sebagai Sahabat Dunia & Akhirat.... Maafkan aku wahai sahabat.... Aku tidak bermaksud begitu....:((

Sesungguhnya Aku Adalah Insan Biasa Yang Penuh KHILAF....Maafkan Aku SAHABAT !!!!! :(((

Tuesday, February 8, 2011

Cheq dapat ANGPOW !!!!!!

Cheq dapat ANGPOW dari boss cheq....wahahahahaha....

banyak mana cheq dapat...biarlah rahsia...hihihihi....yg penting lepas cheq nak pi ternak lemak kat kenny rogers, nandos, hagen dazz, baskin robbin.....:P

Sapa nak ikot???? Jom !!!!!!


P2081945

Tengok, muka belagak abis !!!! boleh gitu????




Monday, February 7, 2011

CONTEST CANDID TERBAIK

Salam all,

My dear yayang wat contest.... dulu masa dia wat contest Senyuman Paling Menawan saye ingat dia aweks jepong mana la...hihi... (NI BUKAN BODEK OK...NI BETUL2)..:)

Ok, this time saye diwajibkan join... kalau x join majuk dia nanti tau... dah la dia manja2 gitu...hihihi...

pada korang yang nak join syarat2 penyertaan silah ke blog beliau...[click sini] VVIP jer leh masuk k...ahakss....

ini dia candid photo saya...:)

167135_1846415326975_1438415396_32080363_7743073_n


cerita saye : Saya diserang bertubi-tubi oleh kak neena & titin masa birthday saye last year...huhuhu.... time tu dok tahan jer... jgn la masuk mata...kang lain jadinye...tengok org kat belakang2 tu..semua pandang....ADA KU KESAH !!!! hahaha...memang candid picca ni kan...:)

tarikh tutup: 20/02/2011


Msg to Sis Neena, Sis Purple & Sis InaAchik.... sila ambik TAG ni k... special tuk korang !!!!

Gud Luck tuk semua !!!!


4 Hari Yang Agak Bermanfaat

Salam all,

selamat kembali bertekun ya kawan2...amacam cuti korang??? best giler la tu....hahaha....

Saye cuti 4 Hari ni x kemana..dok umah jer..lagipon my mom x berapa sihat lagi kan.. so xleh kemana2 la....

Korang mesti perasan blog saye dah lain kan... haaa..ni la hasil 4 hari bercuti...kerja saye selain monitor my mom adalah..... berfacebooking, berbloggin & berGodek2king blog...ahahaha...see...my blog berwajah baru u olllsss..amacam??? ok x?

Dalam 4 hari ni jugak..mcm2 berlaku.. yg best, yg x best, yg suam2 best pon ade... apa2 pon, walau apa pon yg terjadi... x perlu kata apa2...senyumm!!!!....:)

Bluetooth Exchange Folder
Senyum lah selagi anda mampu !!!!


Quotes Of The Day ~ Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat....


Sunday, February 6, 2011

STRESS !!!!!!!!!!!!

Fullscreen capture 262011 51535 PM

Fullscreen capture 262011 51525 PM-1

Fullscreen capture 262011 51535 PM-3

Fullscreen capture 262011 51535 PM-2


Thanks kak Neena for your concern....~~HUG~~




Wednesday, February 2, 2011

Mata.....


Dari mana datangnya cinta?

Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya.

SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia.

MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik..

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan pemarah.

Yang mana satukah MATA anda????

Tuesday, February 1, 2011

PMC with BFF

Salam petang...

Saye sangat mengantok skrg ni... sebab saye dah telan pil khayal selsema jap tadi.. x tahan sgt..sampai sakit hidung ni... berjangkit dari mama Qaseh la ni..huhu...

Ok, bukn itu yg saye nak cite sebenarnye... saye nak cite pasal semalam... Semalam Yang Hangat ....

Petang semalam tetiba saye rindu kat BFF saye Aishah & Afini.. dah lama x jumpa diorang.. Weekend baru ni dorang ada dtg melawat mak saye... baiknye korang.. ni yg sayang ketat2 ni..hehehe...bawa buah hati tangan lagi tau...

Saye saje la text diorang ajak keluar sembang2... luckly diorang pon ok, free aje.. proceed la... Afini yang balik keje kol 7mlm sanggup berhempas pulas nak join sebab rindu punya pasal...hehehe...Oleh kerana itu, saye gi ambik Afini & terus ke rumah Ecah... dari sana kami naik keta Aishah ke PMC...

Tapi, sebelum ke PMC, kami terlebih dulu dihidangkan dengan 1 menu yg supaaa doopaa delicious... spaghetti bolognese buatan kak Imah, kakak kepada Aishah... sedap wei... betambah2 tau....


P1311824

Ada lagi menu tau... kebetulan kak Imah baru balik dari sarawak... kami disajikan dengan Kek Lapis Sarawak yg sgt yummyyss...

P1311825


Ingat nak cancell je ke PMC.. sekali tong belom penuh lagi da... ade yg teringin nak makan Tapai Aiskrim la.. Lamp Chop la... so, tunggu lagi.. terus menuju ke PMC plak...hehehehe...

Sampai sana, cari port yg baeeekk punyer... Jom mengorder...

Dik.. akak nak Lamp Chop & Chicken Spring lah...air Rut Beer Float & Radix...

Kami makan secara berkongsi.. sebab tadi kat umah ecah, kami dah bedal spaghetti kan...tu pon jenuh nak habiskan...


P1311841

Lamp Chop...makan jer terus emmmbekkkk...hehehe...

P1311843
Chicken Spring... Sedap ni.. saye recommended korang menu ni...

P1311847
Rut Beer Float & Radix tu Afini yg batuk2.. xleh minum ais yer syg...

P1311845
sedap ni.. jemput makan semua...

P1311848
pastu ade yg tolong suapkan...hadoi.. dan2 kasih sayang kat pini melonjak2... fini..rindu kat kamu la....

Pas habis makan... jom gosip2 sambil taking2 the picture...:)

P1311830
aishah yg dah x lama lagi nak tukar status...opssss....

P1311832
Afini yg maintain comel...:)

P1311837
lots of ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

eh korang.. dah kol 11 lebih dah.. anak dara mana leh balik lewat2... jom..jom...

Dengan lenggang kankong perut penuh menuju ke parking keta.. & terus balik...

Ambik 1 gambar dalam keta....

P1311852


Gambaq tuan umah sorang jgn dilupakan..hehehehe...

P1311855

Tu saja tuk kali ni... Sekian..... Daaaaaa....


Monday, January 31, 2011

Kerja Berat Untuk 3 Bulan Akan Datang...

Salam & Hai semua...

Selamat hari Isnin tuk semua..camner hari ni? OK ke?? mesti ok kan... minggu ni keje x sampai 5 hari.. kan nak berCNY...:)

Cuti CNY nanti saye x kemana pon.. sebab mak saye baru lepas buat pembedahan Cataract @ Selaput Mata hari khamis lepas..so kena jaga dia la...mak xleh wat keje2 berat.. so, now keje2 rumah saye kena ambik alih... seperti memasak, membasuh, mengemas & juga menyidai..hihihihi...

Sebelum ni pon bukan saye x penah buat langsung keje2 tu... ade buat jugak.. tapi sekarang 100% saye kena uruskan.. sebab mak 24hrs kena rest..langsung x leh wat keje pape...berpantang untuk pembedahan mata ni lebih teruk dari berpantang pas bersalin tau... at least for 3 bulan...

Dan lagi setiap 2 jam, kena titik ubat dalam mata mak... cam arini saye keje, so saye dah peturun ilmu kat abah camner nak uruskan mak...hehehe... biar diorang berdua gado2 manja kat umah...hehehe... bukan apa.. mak ni dia suka komplain kalau abah wat keje.. biasa la kan... lelaki... kot mana pon ade yg x kena...hahaha... jgn marah yer kaum2 adam..ini fakta bukan auta...hehehe...


Tak sabar nak bercuti tau... mood keje dah kelaut...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers