Salam..
Menurut kebiasaan kita tidak ada seorang pun selama hidup dalam satu tahun yang bersih dari perbuatan dosa dan kesalahan. Hampir setiap orang di kotori dosa setiap hari, baik disengaja atau pun tidak.
Sesungguhnya demikian lebih berdosa bagi orang yang tidak mahu mengakui perbuatan dosanya, apalagi bertaubat. Dia selalu merasa dirinya bersih dari dosa dan kesalahan. Orang semacam ini sebetulnya ada di bawah pengaruh syaitan yang pekerjaannya memang ingin menjerumuskan manusia ke dalam kehinaan dan jauh dari rahmat Allah.
Agar kita sebagai umat Islam tidak termasuk orang yang selalu berada dalam pengaruh syaitan, marilah setiap akhir tahun kita berdoa kepada Allah. Mengakui kesalahan kesalahan kita selama ini. Menyadari pula bahawa tidak ada yang berhak mengampuni kesalahan kesalahan itu kecuali Allah. Dengan demikian kita telah melaksanakan perintahnya untuk bertaubat, sehingga kita mendapat redha’nya pada tahun tahun berikutnya. Dengan redha’ Allah itu kehidupan kita menjadi tenang dan tenteram, jauh dari segala macam halangan dan rintangan.
Mari bersama-sama kita membaca doa Akhir Tahun..
::DOA AKHIR TAHUN DIBACA SEBELUM AZAN MAGHRIB::
**click pada gambar utk zoom**
& doa Awal Tahun...
:: DOA AWAL TAHUN DIBACA SELEPAS AZAN MAGHRIB::
**click pada gambar utk zoom**
kedua-dua doa ini hendaklah di baca pada petang ini (17.12.2009) bersamaan 30 Zulhijjah 1430.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)