Thursday, April 14, 2011

Jauhi Hutang Bila Nak Kahwin!!!!

Betapa mahalnya untuk mengadakan satu majlis perkahwinan pada zaman sekarang. Purata 'belanja hangus' buat kenduri sahaja perlu ada kira-kira RM20,000. Itu paling kurang.

Jika lelaki, belum termasuk belanja duit hantaran yang diminta pihak perempuan dan persediaan pindah ke rumah baru. Congak-congak, keseluruhan majlis & urusan kahwin boleh mencecah sehingga RM40,000 (ada yang jauh lebih tinggi). Seorang kawan perempuan mencelah, "patutla, ramai lelaki tidak berani nak komit kahwin..." (Ini kena tanya orang lelaki).


Sedihnya, kesan dari belanja kahwin yang semakin meningkat menyebabkan ramai pasangan muda berkahwin dengan membuat pinjaman peribadi. Walaupun, tiada statistik rasmi, saya percaya, anda kenal seorang atau dua kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman peribadi (atau anda sendiri) bagi urusan perkahwinan. Mari kita cuba fahami mengapa pasangan (terutama lelaki) perlu meminjam untuk berkahwin...

  • Nilai hantaran yang diminta pihak perempuan tinggi antara RM10,000 ke RM30,000
  • Kos membuat sekurang-kurangnya satu majlis kahwin tinggi antara RM7500 ke RM12500 (anggaran RM25 per pax)
  • Urusan pindah rumah & deposit sewa semakin tinggi antara RM2000 ke RM6000




Katakanlah Mamat & Minah yang baru habis belajar di universiti mahu terus mengikat perkahwinan dan mereka mahu membuat majlis yang sederhana tetapi meriah. Minah yang baru Ijazah Kelas Pertama ingin membantu Mamat dengan hanya meletakkan hantaran bernilai RM5000 dengan membuat hanya satu majlis perkahwinan untuk mereka berdua. Dijangka 500 orang sanak saudara & kawan-kawan akan hadir. Kemudian, urusan pindah rumah dan membeli serba sedikit perabot mungkin sekitar RM2000. Bajet keseluruhan majlis dianggarkan RM19,500 (RM5000 + RM12500 + RM2000).

Saya dapat bayangkan si Mamat akan mula mencongak belanja kahwinnya RM19,500. "Kat mana aku nak cari duit sebanyak itu? Aku pun belum kerja lagi...".

Selalunya, 2 perkara yang terlintas di benak si Mamat

  • "Aku boleh kerja dulu dan simpan setiap bulan. Kalau gaji aku RM2000, tiap-tiap bulan, aku simpan separuh. Dalam tempoh 20 bulan atau lagi 2 tahun, boleh la aku kahwin" atau...
  • "hish... aku dah sayang sangat pada si Minah, pinjam bank je la"


Keputusan ini sebenarnya, Mamat tidak perlu fikir seorang diri. Bincang dengan keluarga. Dan, berbincanglah dengan Minah. Kasih sayang dalam perkahwinan adalah kombinasi komunikasi, sakinah, mawardah dan warahmah. Mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan adalah jauh lebih penting dari mengadakan kenduri besar-besaran yang berlandaskan hutang.

Satu paradigma harus diubah di dalam masyarakat supaya tidak meletakkan 'piawaian saiz perkahwinan'. Besar kecil sesuatu majlis perkahwinan mestilah berdasarkan kemampuan. Jika bajet kecil, tidak perlu hidangkan nasi beriani, cukuplah sekadar hi-tea. Majlis perkahwinan adalah majlis resepsi untuk sanak saudara & kawan-kawan berkenalan mesra dengan temah hidup anda. Cadangan saya, anda dan pasangan boleh cuba untuk memikirkan kaedah kreatif yang tidak memerlukan banyak modal untuk satu majlis perkahinan.

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

  • Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".
  • hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan
  • janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan
  • muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan
  • jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang
  • belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan.


Doa saya semoga anda dan pasangan dapat membina hidup bersama dengan tenang dan tanpa perlu pening memikirkan hutang keliling pinggang. Perkahwinan hanya permulaan kepada lebih banyak keputusan-keputusan penting dalam hidup.


Sumber : Facebook / I LUV Islam.com



14 comments:

  1. iye betui..

    ukur bj di badan sendiri...
    guna bajet yg ada dan ikut kemampuan sendiri....

    uissshhh...camne nk kawen niii?

    $$$$$$

    ReplyDelete
  2. miyoko~ ekceli kite paham pasangan kite...tapi, bila org tua campur tgn..kite dah x boleh nak cakap apa2...kang lain jadinye..huhuhu...

    saya pon sedang memikirkan $$$$$$$$$$$...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. yeah...kawen memerlukan duit yang sangat banyak...walaupun kita niat nak buat secara kecil2an jerk..tapi kadang2 parents lak masuk campur....so sendiri maw ingat la...huhuhuhu....biar berpada...yang penting lepas kawen jangan tanggong hutang sudah.....

    ReplyDelete
  4. Biasanya skrg orang Pinjam bank je....

    eh pic no 2 tu, lawa btl cadar katil dia.. like...

    aku ni ntah bila la nak kawen....

    ReplyDelete
  5. sbb tu la akak ko ni kawan lewat...heheeh tunggu duit masyukk...takde la sudah jodoh kan...pendapat akak lak..pinjam tak salah ...tpi berpada...aka tak mo hipokrit pandai ckp je tpi nan ado...keluarga kami biasa biasa je...kawen pun dlm keadaan biasa...itupun dah sehabis jimat dari segi byr installment mak andam..photog...doorgift...tapi kawen ni duit macam air...seriusly leh temper tapi kami memg bersetuju pinjam loan tapi tak la dalam amaun yg banyak...asalkan ikut kemampuan kami...pinjam bukan sebab nak berhigh class jauh sekali...tidak...cuma standby mode...tp sblm pinjam budget dulu...jgn amik masa yg lama nk byr balik...kejap sudah..jgn pas kawen tegigit lidah...Alhamdulillah so far leh manage...yang penting doa tetamu dan kerberkatan majlis kita..

    ReplyDelete
  6. wahh dah main entry2 kawin ek skg...hehehe emm mmg mhl belanje nak kwin skg ni...

    wat majlis n hantaran ikut kemampuan jer...xgune kenduri gempaq2, hantaran tinggi2 tp pas kwin dah xde duit laki bini...

    ala kadar jer...same2 bantu..complete each other kan...so jgn la sshkan pasangan masing2..kite kan nak share idup same2 pas kawin..susah senang...same2 nak kawin so same2 la kene sacrifice, kene commit..

    tapi yg laki lak jgn la harap kt bkl bini jer..kene usaha gak la..klau xmampu jgn kawin lagi..simpan duit dulu..jgn pinjam2 loan kt sape2 klu nak kwin..panjg lak komen ek..hehe

    ReplyDelete
  7. wahhhh nak kawin..sape nak kawin ngn aku ni.........wahhhhhhhh

    ReplyDelete
  8. betul, buat kenduri skrg kecik2 pun makan beribu jugak kan.. better yang sederhana.. :)

    ReplyDelete
  9. mslh skrg kan shu..ramai diantara kita yg meletakkan adat itu lbh utama daripada hukum.....jd inilah akibatnya...

    klik HB

    ReplyDelete
  10. HUHUH zaman laa kUnduri kendara..telan belanjaa gIlooo mahaL....

    oleh itu lakukan yg besederhana sahaja..yg mengikut syariaat ISLAM...

    tp zaman laa kebanyakkan semuanyaa memInJamm!!!!!HUHUHU

    ReplyDelete
  11. setuju sgt nanti dah beranak pinak pun tak habis2...

    ReplyDelete
  12. kalo graduate..lepas dpt kerja nk gak pakai kereta....fresh graduate biasa gaji lum berapa nk tinggi...mana sempat nk menabung byk2..

    gf pulak takmo tunggu lama...kuarga dh gesa2 sbb dh lama bercinta dr belajar....

    mau tak mau..pilihan terakhir buat pinjaman le...kalo tak tak kahwin...huhuhuh...
    hantaran skrg min = rm10k...
    zaman mama dulu min = rm3k sajork...

    ReplyDelete
  13. betul tu shu..kalau ikut nafsu mmgla sme nk yg best2...terbaik...tp last2 hutang bertenggek.jgn ikut cmtu..biar sederhana...yg pntg nikah tu sme settle.yg lelain tu buat ikut kekreativitian sndiri.nk cantik2 tak semestinye yg memahal ye tak :)

    ReplyDelete
  14. Wah..entry adik along sekarang berbaur ke arah perkahwinan,seronoknya...along lepaskan shu dulu la yer..

    ReplyDelete

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Tinggalkan Nama & Link Anda Disini Yer ♥♥♥

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers