Thursday, June 9, 2011

PAKNIL HERO !!!!!



KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.


NOTED : BAIK SUNGGUH SI PAKNIL NI KAN... PAK NIL !!! PINJAM DUIT NAK BELI I- PHONG !!!

7 comments:

  1. kalo kita...susah wehh nak bagi cmtu je duit kat org yg kita x kenai...best2 pak nil memg bes...

    ReplyDelete
  2. bertambah-tambah murah rezeki pakNil lepas ni...
    memang pakNil berhati mulia....

    ReplyDelete
  3. baiknya hati dia.. semoga semakin murah rezekinya nnt..

    ReplyDelete
  4. Pak Nil Blh bagi duit? nak kawen. hehehehe

    ReplyDelete
  5. insyallah akan makin murah laah rezeki pak nil... ikhlas membantu banyak pahalanya.. insyallah..

    tapi jgn lepas2 ramai plak yg mintak tolong kat paknil.. semuanyer dok main kes ugut2.. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. 1k tu apalah sgt pada paknil....yg pasti ganjaran tgn yg menghulur tu lebih berganda2...

    ReplyDelete

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Tinggalkan Nama & Link Anda Disini Yer ♥♥♥

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers