Bahagia kan kite ? yer semua orang cakap macam tuh. Kalau kite kuar je rumah, mesti kau ada depan pintu rumah aku. Kita selalu pi sekolah sama-2. Dekat sekolah pula kau suka ajar aku subjek yg aku tak faham. kau suka tolong aku angkat beg kalau kau nmpak muka aku penat. Bila waktu PJ, kau suka belikan air dekat aku walaupun kau lagi penat dari aku. Boleh di katakan satu sekolah tau kita couple. kau handsome, putih, muka mcam china sbb ibu kau ada mix, tiap-2 hari aku kena sabar sebab banyak pompuan gedik nak kau. tapi kau tetap pilih aku. Sebab tuh aku sayang kau...
Hari tuh aku demam, aku pon xtau macmana kau tahu. Mungkin Mak aku bgtau, kau datang rumah aku. Kau nmpak aku tidoq, lepas tuh kau nak keluar aku jerit nama kau. kau senyum, then kuar pada bilik aku. Aku nangess. Kenapa kau tinggai aku mcam tuh masa aku sakit? then kau masuk bawa cokelat cadbury. fav.aku. kau senyum . kau cakap ( ayg... bi tau ayg tanak makan sayur kan, bi beli cokelat untk ayg ) Lepas tuh, aku cakap aku dahaga . kau kuar nak g dapur ambil air. kau tinggai fone dalam bilik. then, ada msg masuk. Aku buka lahh. Kawan kau antar ( apa mslah kau nie ? kau taw dak budak bolasepak semua dah lepas pi sarawak, kenapa kami call kau off fon ? kau dah sia-2 kan peluang ta dak ) Aku terkejut . kau tak ckp pon dekat aku kau nak pi sarawak . Then kau masuk bilik bawa air , aku tnjuk text tuh dekat kau , kau baca then senyum. (ayg , kalau bi p sapa nak tolong belikan cokelat dgn ayg ? sapa nk jaga ayg ? peluang tuh akan datang bila-2 ja ) aku nanges depan dia . Aku tak sangka dia sanggup lepaskan peluang hnya untuk jaga aku.
Lepas ja aku sembuh,kau bawa aku jalan-2 dekat taman yg selalu kita pergi . Tetiba aku rasa letih sangat. Then, kau dukung aku. Aku hnya mmpu senyum dekat kau . Aku rasa bahagia sangat ada dengan kau. Kemudian, kita sembang2 , kau suka buat aku gelak, bila kau senyum. Aku rasa indah sangat dunia nie.
kau cubit pipi aku, aku cubit pipi kau. Then, kau peluk aku sambil cakap ( kalau bi takde , selalu lah dtg ke sini, confirm ayg akan jmpa pgnti bi ) Aku buat muka masam dengan kau, kemudian kau cakap ( ayg , bi sayang ayg smpai mati) Aku nanges sbb aku takleh bayangkan kalau kau takde dengan aku satu hari nnti.
Aku kena balik kampung sebab nenek aku meninggal. Aku ajak kau tapi ( bi ada keje penting sangat , sorry tau ayg, jgn risau lagi 2hari kita jumpa balik kan ? bi akan call ayg tiap saat . jgn risau . bi akn sentiasa ada dgn ayg ) aku redha. dalam hati aku cakap * ala, pisah 2hari jee. jangan lah feeling sangat.*
Tapi, dalam perjalanan, hati aku sntiasa rasa tak sedap. Aku call kau nk pastikan kau selamat. Alhamdullilah. kau okay. Begitulah aku semasa di kampung. Semasa bacaan tahlil untuk arwah nenek, aku rasa lain sangat. Aku rasa yang aku akan hilang orang yg aku paling cinta. Aku call kau . kau hnya mmpu gelak kerana hampir setiap jam aku akan call kau.
Aku dah selamat sampai rumah. Aku minta izin family nak pergi rumah kau. Kemudian, aku nmpak ramai sangat orang. Ada yang nanges2, aku hairan. Then, aku nmpak kau lambai2 dekat aku sambil ajak naik basikal. Kau cakap ( ayg, jom pusing2 dekat taman, takut tak sempat lah ) Aku hairan, apa maksud kau dengan TAK SEMPAT tu... Aku tgok kau gembira sangat. tak mcam selalu . aku tnya. Kenapa ramai orang dekat rumah kau. kau cakap ( mereka sdg doakan kesejahteraan, jgn risau ) aku tak pikir bnyak. Aku caya cakap kau. Kemudian, kau bawa aku duduk dekat taman. kau keluarkan sekeping kertas. Aku baca. ( BI SYG AYG SAMPAI BI TINGGALKAN DUNIA NIE ) aku senyum lalu aku kalih kau takde ? ehh, mana kau pergi. Aku tgok basikal kau pon takde. Aku nanges kau tinggalkan aku sorang2. Aku balik rumah kau nak cari kau. Ibu kau tnye. ( lisa pergi mana ? kenapa tak baca tahlil sekali ? ) aku jawab. ( lisa pergi main basikal dgn pian tadi, nape aunty ? ) kemudian ibu kau nanges sambil cakap dekat aku. ( lisa , aunty paham korang saling mncintai, tapi tolonglah terima kenyataan, pian dah takde lisa ) Aku tak percaya. ( aunty jgn buat lawak, lisa baru je habis main basikal dgn pian ) ibu kau nanges sambil cakap dekat aku ( lisa, pian excident masa dia nak pergi rumah lisa sebelum lisa balik kampung. dia nak kasi cokelat favor lisa, tapi ada kereta langgar dia. dia terburu-buru masa tu ) kemudian ibu kau kata. ( lisa pergi la masuk bilik dia, ada dia tinggalkan pesan untuk lisa ) AKU TAK PERCAYA ! aku masuk bilik dia.
Aku masuk bilik kau, kemudian aku nampak atas katil kau ada sampul surat dan cokelat cadbury. Aku tahan nanges. Aku baca. ( Salam lisa sayang, bi minta maaf sebab tak dapat nak jaga lisa. bi dah agak ajal bi akan sampai sebab tuh bi tulis surat nie untuk lisa. lisa jgn nanges. bi bukan nak tinggalkan lisa, tapi bi terpaksa. ALLAH lebih sayangkan bi, bi tinggalkan cokelat cadbury favor lisa. jgn lupa makan taw. kalau nak lagi, ambil dalam peti ais, bi simpan untuk lisa. lisa jangan sedih tau, bi akan sentiasa jaga lisa. bi takkan biarkan lisa sorang2. Kalau rindu bi, sedekahkan alfatihah tau. insyallah, bi akan sentiasa doakan lisa dekat sini. jgn lupa study okay. bi sayang lisa. salam. ikhlas dari pian ) kemudian aku nampak ada telefon bimbit kau, patutlah selama aku dekat kampung kau boleh jawab call aku, rupanya kau buat peti simpanan suara selama nie... :(
Aku tak dapat bayangkan hidupku kini keseorangan tanpa kau pian. tanpa cinta dari kau. tanpa manja dari kau. Pian, aku selalu jalan2 dekat taman yg kita selalu bersama dulu. aku pergi sorang pian. tapi aku tahu, kau teman aku kan? kau dah janji takkan tinggalkan aku pian? Pian, alangkah gembiranya kau kalau dapat tahu aku dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, Pian, semua detik manis kita kau tak pernah lupa. Aku setia dengan cinta kita pian. Aku tak kan pernah dusta atau khianati walupun kau takde. Kebaikan kau, aku sentiasa kenang sampai aku bertemu kau semula di alam lain. Aku juga sayang kau sampai mati pian. Kau cinta pertama dan terakhir aku, Al fatihah...
En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D
*sedey*
ReplyDeleteshahdunya :(
ReplyDelete:((
ReplyDeletehuh...sedih along tauuuuu,.....
ReplyDelete:( :( sedey lahhh
ReplyDeletepernah baca...sedihhhh rasanya
ReplyDelete