Thursday, September 15, 2011

DAPUR SHU SHINJU ~ Nasi Ayam Madu

Juadah makan2 aidilfitri 2011 baru-baru ni....sedap ke tak kena tanya diorang yang makan tu la yer...ai taknak cakap sedap... nanti org kata masuk bakul angkat sendiri...:p


UNTUK REBUS

5 ulas bawang besar dipotong empat
2cm Halia diketuk
5 Ulas Bawang putih dihiris
Ayam (ikut berapa ekor korang nak..me aritu buat 4ekor)

UNTUK PERAP

Ayam
Madu
Kicap Manis
Lada Hitam
Sos Tiram

UNTUK NASI

Minyak
Butter
Beras
Bawang Besar,Halia & Bawang putih (Blend)
Daun Pandan
Rempah 4 beradik (kulit kayu manis + bunga lawang + cengkih + buah pelaga)
Air rebusan Ayam
Kiub Pati Ayam
Air

SOS

Cili Merah
Bawang Putih
Sos Cili
Sos Tomato
Cuka
Garam
Gula

BAHAN SUP

Lebihan air rebusan ayam
2 Kiub pati ayam
Garam
Daun Sup

CARA-CARA

1. Bersihkan ayam..rebus bersama bawang besar, bawang putih & halia.
2.Bila dah mendidih, toskan ayam & perapkan dengan bahan2 perap lebih kurang 1/2 jam.Lepas tu boleh goreng cam ayam goreng biasa.
3. Untuk nasi, masukkan butter dalam 2-3 sudu besar..selebihnya masukkan minyak. Tumis 4 beradik dahulu..naik bau masuk daun pandan & bahan blend. Kacau2 sebati & masukkan air rebusan ayam,air,kiub pati ayam,beras, garam & masak seperti masak nasi biasa.
5.Untuk sos, blendkan semua bahan sos & masak diatas dapur.
6. Untuk kicap air perapan ayam tadi dijadikan kicap.
7. Untuk sup, didihkan air rebusan ayam tadi bersama kuib pati ayam. Nak tambah air sikit pon boleh. kemudian masukkan garam secukup rasa & daun sup.


Maka, terhasillah Nasi Ayam Madu Versi Shu Shinju.....:-)

P1020130

P1020078

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

5 comments:

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Tinggalkan Nama & Link Anda Disini Yer ♥♥♥

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers