Monday, October 29, 2012

Dapur Shu Shinju ~ Lontong Anak PakNon !!!

Salam semua..=)

Yeah.... Dapur Shu Shinju kembali lagi setelah lama menyepi...hehehe...

Bersempena ngan Hari Raya AidilAdha, terasa nak makan lontong buatan sendiri... actually, sebelum ni mmg x penah makan lontong.. raya Aidilfitri tahun ni jer baru berjinak2.. aritu makan dekat umah kak Haslina Hassan, terus suka... pi mana2 open house mesti nak cari lontong dulu...hehehe...

1st time buat ni.. & Alhamdulillah..menjadi gak... ingat susah buat lontong ni..rupanya sonang ajo...hehehe...


Bahan-bahan :

1/4 Kobis (dihiris)
1 biji carrot (dihiris dlm 1inc)
Kacang Buncis @ Kacang Panjang (potong serong)
1/2 biji Ubi Sengkuang (dihiris dlm 1inc)
1 biji Terung (potong serong)
Suhun @ Tauhun (ikot sula la..tp, jgn byk sgt..nanti dia serap kuah)
Fucuk (ikot suka banyak mana)
2 bijik tauhu basah (digoreng kemudian dipotong dadu)
Santan (taktau nak bagitau banyak mana... saya beli santai RM2 kat market..mmg ngam2.. xpekat sgt..x ceroi sgt)
garam (secukup rasa)

bahan untuk dikisar dan ditumis :

Segenggam udang kering
6 biji bawang putih
2 biji bawang besar
Halia (sebesar ibu jari)
Kunyit Hidup (sebesar ibu jari)

Serai (diketok2)

cara-cara penyediaan :

1) Masukkan bahan kisar sekali dengan serai yg diletok2 tu...tumis bahan dengan sedikit minyak hingga wangi dan pecah minyak.

2) Kemudian masukkan air dan juga hirisan carrot & ubi sengkuang. masak sehingga kuah mendidih dan carrot/sengkuang hingga lembut.

3) Apabila carrot/sengkuang dah lembut, bolehlah di masukkan santan pekat dan sayuran yang lain.Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak. masukkan garam secukup rasa.

4) Masak hingga sayur menjadi lembut dan kemudian masukkan Suhun & fucuk. kacau untuk seketika dan kemudian masukkan tauhu goreng...kacau seketika & kemudian tutup api.

Lontong hendaklah dimakan dengan sambal pedas...baru ada UMPPPPHHHH.....

SAMBAL IKAN BILIS

bahan-bahan :

Ikan Bilis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
segengam cili kering
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara-cara penyediaan :

1) Cili kering,bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan halia ditumbuk @ diblender sehingga hancur dan kemudian ditumis sehingga pecah minyak & naik bau.

2) Masukkan garam & gula secukup rasa. Bila dah pecah myak & agak likat bolehlah diangkat.


Inilah dia rupa lontong saya.....=)


SELAMAT MENCUBA yer kawan2....=)


p/s : TQ pini bagi resepi kat aku... resepi hang mmg sangat mencongkam...=)



En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

1 comment:

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Tinggalkan Nama & Link Anda Disini Yer ♥♥♥

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers