Monday, October 31, 2011

Kaabah ~ Baitullah (Rumah ALLAH)



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"



"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"



"Baitullah tu apa?" ...



"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"



"Allah ada dalam tu?"



"Tak....."



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"



"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."



"Kamu sembah apa?"



"Saya sembah Allah swt"



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"



"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."



"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."



"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"



"Pernah...... selalu.."



"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"



"Tengok perlawanan bola la.."



"Di mana?"



"Dalam tv la.."



"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."



"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."



"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."



"So..?"



"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"



"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."



"Peliknya.."



"Sebab apa pulak pelik?"



"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."



"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."



"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"



"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."



p/s ~ ***silakan share***




En. Raksasa VS En. Otomen... Sudah Baca Harap Komen !!! :D

4 comments:

  1. jawapan yang boleh kita jawab bila non muslim tanya...its true..thanks shu

    ReplyDelete
  2. jwapan yang sama tiap kali guest non muslim pertikaikan..saja nak kasik serong akidah kita ngan logik thinking diorang but kita ada pegangan agama kan..

    ReplyDelete

Comment seikhlas-ikhlasnye k.. xmo plastic2... InsyaAllah... Anda akan diberkati...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥♥♥ Usia Blog Ni... ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers